Thursday 28 March 2013

POPULAR KER PM KITA NI????


Malaysia PM Najib's popularity at all-time high ahead of General Election

-By Channel NewsAsia- 



KUALA LUMPUR: Prime Minister Najib Razak's approval ratings appear to have improved ahead of Malaysia's General Election, according to some surveys.

Mr Najib's popularity appears to be at an all-time high. Among more than 1.5 million civil servants and federal agencies staff, he was greeted like a superstar.

Of course, that was to be expected after he met their demand for higher pay, better benefits and allowances, including pension for retirees.

Indeed, Mr Najib has become the Barisan Nasional ruling coalition's number one asset.

His various 1Malaysia initiatives have made him more popular than his own party.

Mr Najib denied they were populist measures.

"My conscience is clear, what I said is based on success stories, Malaysia's success stories. When we succeed to take care of our country, we say people are our biggest asset," he said.

Mr Najib's star appeal has never failed to draw huge crowds at nationwide road shows, which concluded last weekend in his home state of Pahang.

Many celebrated the handsome allocations to improve the state to improve infrastructure and housing.

Mr Najib also promised annual cash handouts that will amount to more than US$1 billion if his government is returned to power.

It is clear that Mr Najib has a huge fan base among hundreds of thousands of civil servants and statutory body workers. 

He promised to always look after their welfare which he hopes will be rewarded in the coming General Election.


ANWAR RANCANG KEJUTAN BUAT RAKYAT MALAYSIA


10 Kejutan Anwar Ibrahim Menjelang PRU13

Penulis selalu berfikir, kenapa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu bersumpah yang dia tidak meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari. Sudah tentu keraguan ramai terhadapnya akan hilang jika dia berbuat demikian.
Baru ini seorang rakan berkata, tidak mahu bersumpah itu memang strategi Anwar…
Katanya, Anwar akan bersumpah juga akhirnya tetapi bukan sekarang … dia akan simpan isu itu sampai betul-betul menggunung … beberapa hari sebelum pilihanraya umum ke-13 (PRU 13), dia akan bersumpah.
Apa-apa sahaja alasan yang berbunyi sedih akan diberikan. Bayangkan, ketika itu sudah tentu undi orang Melayu terutama yang berada dalam kategori pengundi atas pagar mesti memihak kepada Anwar.
Anwar akan dilihat sebagai tokoh yang difitnah dan ketika itu Wan Azizah serta Nurul Izzah akan menitikan air mata menyebabkan simpati terhadap keluarga itu akan melangit banyaknya.
Momentum akan menyebelahi Anwar dan tempoh yang terlalu hampir dengan pilihanraya akan menyebabkan usaha untuk mematahkan taktik politik licik itu sukar mendatangkan hasil.
Anwar dijangka akan banyak menggunakan saat-saat terakhir menjelang PRU 13 untuk melaksanakan taktik-taktik politik yang mungkin sukar untuk ditangkis lawannya.
Demi PM … Anwar boleh buat rasanya ….
Mengikut Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang suatu masa dahulu amar rapat dengan Anwar dan mengenali selok-belok politiknya, paling kurang akan ada 10 perkara yang akan dilakukan Anwar menjelang PRU-13.
Antaranya Zul Noordin berkata, beliau sudah beberapa bulan dahulu memberikan peringatan bahawa Anwar akan menggunakan keluarga Saiful untuk menentang Saiful.
Sikap bapa Saiful, Azlan Lazim yang secara tiba-tiba bertentangan pandangan anaknya baru-baru ini menzahirkan apa yang sudah lama diluahkan Zul Noordin.

#TolakPakatan #JanjiKosong Pakatan Pembangkang di 4 Negeri


Apabila berbicara soal mungkir janji, pasti kita tidak akan terlepas dari memandang kepada pakatan pembangkang, ini kerana golongan tersebut telah dipenuhi dengan mereka-mereka yang sering khianat terhadap janji yang telah diberikan.



Lisan atau lidah mereka yang bergelar pemimpin di dalam pakatan, memang terkenal menuturkan seribu satu janji, namun seringkali gagal untuk mengotakannya. Contohnya, ketika berkempen dan di atas pentas ceramah, mereka sering mengatakan ‘tuan-tuan dan puan-puan, sekiranya pakatan (dahulu dikenali sebagai barisan alternatif) diberikuasa, apabila ayam berkokok, menjelang subuh kita akan berikan itu dan ini.


Nurul Nuha Jadi Mangsa Kerakusan Bapa Sendiri



Parti Keadilan Rakyat (PKR) hampir rasmi menjadi Parti Anak Beranak Sendirian Berhad dengan desas desus kedengaran bahawa seorang lagi anak Anwar, iaitu Nurul Nuha akan bertanding di Permatang Pauh dalam PRU ke-13 nanti.

Nama Nurul Nuha menjadi pilihan Anwar setelah mendapat laporan bahawa calon yang dikemukakan sebelum ini iaitu, Dr. Muhammad Nur Manuty, yang juga Pengerusi PKR Perak telah ditolak oleh pengundi di situ.  Pantas, Anwar meletakkan nama anaknya bagi memastikan pengaruh keluarganya kekal di kawasan tersebut.

Bapa Anwar, Datuk Ibrahim Abd. Rahman juga merupakan ahli Parlimen di situ sebelum Anwar maka pencalonan Nurul Nuha mungkin dilihat sebagai bersifat sentimental atau mungkin juga peribadi bagi keluarga mereka.


Kenapa Nurul Nuha yang masih muda dan tiada pengalaman yang dipilih?  Kenapa tidak letakkan Nurul Izzah sahaja sedangkan Izzah juga jenuh terbang merayau-rayau mencari kawasan kerana sudah ditolak di kawasan sendiri.  Namun, khabarnya terpaksa kekal kerana hanya itulah saja kawasan yang paling selamat baginya.

Lim Guan Eng Kena Maki Kau #SavePenang

Rakyat Penang sudah pandai memaki KM Mereka si Ustod Lim Guan Eng...hahaha

Saksikan dengan lebih lanjut....


Tuesday 26 March 2013

Perbalahan Dalaman Pakatan Rebut Kerusi Bukti Peluang Ke Putrajaya Makin Kelam



PRU-13: Seronoknya Mereka 'Berebut Kerusi'...
Sana sini heboh maklum tentang 'tabiat' rebut kerusi dalam kalangan Pakatan Rakyat (PR) pada ketika bahang pembubaran Parlimen semakin dirasai untuk memberi laluan kepada 'ibu segala pilihanraya' PRU-13 dilangsungkan. Berikut adalah antara episod permainan 'rebut kerusi' mereka;
Parlimen Gelang Patah
Pertelagahan antara Ketua DAP Johor dan Pengerusi PKR Johor akhirnya ditamatkan oleh pengumuman Ketua Umum PR bahawa calon kerusi ini adalah veteran DAP, Lim Kit Siang. Tidak semena-mena, nama Lim Kit Siang yang dipilih sehingga menyebabkan kelibat Chua Jui Meng tidak lagi kelihatan dalam mana-mana ceramah umum di Johor setelah pengumuman tersebut. Difahamkan, Chua Jui Meng akan ditawarkan sebuah kerusi di Kedah, persoalannya, apakah PKR di Kedah ada pengaruh kuat? Dan yakinkah PR masih memimpin Kedah selepas PRU-13 ketika gelombang 'Save Kedah' oleh BN kuat bergema!
Parlimen Bagan Serai
Pengerusi PKR Perak, Dr. Muhamad Nur Manuty diumumkan oleh Anwar Ibrahim sebagai calon kerusi ini dalam satu ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Bagan Serai tempoh hari. Berikutan pengumuman ini, PAS Kawasan Bagan Serai menzahirkan protes dengan mengadakan sidang akhbar menyatakan tidak menyokong pencalonan PKR di kawasan ini malahan nekad meletakkan calon dari PAS. PAS Bagan Serai turut memaklumkan kemungkinan besar berlakunya pertandingan 3 penjuru antara calon BN vs calon PKR vs calon PAS. Sekiranya pucuk pimpinan tertinggi PAS tidak merestui permintaan PAS Bagan Serai, mereka juga nekad memboikot jentera PAS untuk tidak membantu calon PKR malahan tidak akan turun mengundi calon PKR tersebut.
Seimbas lalu, kerusi Bagan Serai adalah kerusi 'tradisi' PAS sebelum diserahkan kepada PKR pada PRU-12. Pada PRU-12, calon PKR, Mohsin Fadzil menang tetapi bertindak keluar parti selepas itu dan menjadi YB Bebas. Masakan PAS tidak serik dengan 'pengkhianatan' rakan sekutu mereka..?
Perkembangan terbaru, Anwar Ibrahim dikatakan bakal bertanding di Kerusi Bagan Serai sebagai langkah menamatkan konflik pertelagahan ini. Situasi yang hampir sama dilakukan di Gelang Patah. Apakah kepimpinan PAS Bagan Serai sudi menerima jangkaan keputusan ini? Dan di manakah nasib Dr Manuty yang sudah diumumkan sebagai calon di sini?
DUN Changkat Jering
YB Mohamad Nizar, bekas MB Perak diumumkan sebagai calon untuk kerusi ini oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussain. Pengumuman ini katanya telah mendapat restu Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali turut berjaya mencetuskan konflik dengan rakan pakatan yakni PKR. PKR Perak menyatakan ketegasan bahawa pencalonan YB Nizar ini bukti PAS telah 'melanggar syarat' antara mereka difahamkan berkenaan isu pertukaran kerusi boleh menang. Walau bagaimanapun, PAS Perak bertegas meletakkan calon di DUN ini sebagai respons 'balas dendam' kepada pengumuman PKR meletakkan calonnya di Parlimen Bagan Serai.
Untuk rekod, kerusi Changkat Jering sehingga 2004 milik PAS sebelum dihadiahkan kepada PKR pada 2008. Kpt (B) Osman Jailu dari PKR menang tetapi bertindak keluar PR selepas memenangi kerusi ini.
DUN di Kedah
Kebuntuan sudah membarah dan terbaru, kes sabotaj satu ceramah PR di Alor Semadom, Alor Setar dipercayai dari kelompok dalam PR akibat ketidakpuashatian berkenaan pencalonan kerusi. Dikhabarkan, PAS Alor Setar yang mahu berebut DUN Bakar Bata, milik kuota PKR sebelum ini. PAS berkeras mahu meletakkan Timbalan Yg Dipertua PAS Alor Setar yang gigih melobi sehingga merancakkan pertengkaran mulut antara PKR dan PAS. Itu bukan satu-satunya kes di Kedah, umum mengetahui, penentuan formula pembahagian kerusi antara PAS, DAP dan PKR di Kedah masih bermasalah kerana kedegilan PAS untuk menggunakan formula sama pada PRU 2008. Dalam formula itu, DAP tentunya seperti 'melukut di tepian gantang'.....
Dalam permainan 'rebut kerusi', memang ada seronoknya. Mengelilingi bulatan kerusi sambil diiringi alunan muzik, muzik dihentikan, kita pun berebut. Pasti ada yang terjatuh tersingkir tak mendapat kerusi. Dalam realiti politik, yang 'bermain rebut kerusi' bukan seorang. Pemainnya disingkir, penyokongnya bakal menyingkir...
Sepakat membuka mata, mencelik minda..
Perebutan kerusi menggambarkan pakatan sangat lemah!
Perebutan kerusi menggambarkan pakatan rakus (PR) dan tamak kuasa!
Sepanjang pengamatan, tabiat sebegini tidak diamalkan Kerajaan BN kerana permuafakatan 13 parti komponen cukup utuh dan bukan secara semberono tetapi diperhalusi sebaiknya oleh YAB Pengerusi BN untuk transformasi politik yang berkesan.
Demi agama, bangsa & negara
BN Pilihan Rakyat 1Malaysia


Sent from my iPad

Sedih Kisah Di Lahad Datu


THE CORRIDORS OF POWER:
Kisah Sebenar Di Sebalik Insiden Lahad Datu
- Raja Petra Kamarudin
Saya menulis berkenaan perkara ini lapan tahun yang lepas pada 2005. Namun mungkin ramai antara anda masih belum lagi membaca Malaysia Today pada tahun 2005 jadi terlepas untuk membaca apa yang saya tulis.
Sesiapa yang masih mengingati apa yang saya tulis, ceritanya agak panjang namun secara asasnya berkisar tentang hubungan antara pemimpin Islam dalam Kerajaan Malaysia dan juga pemimpin Islam di Filipina serta peranan yang dimainkan Malaysia berhubung "hal ehwal dalaman" Filipina.
Kebanyakan orang Malaysia tidak dapat memahami perbezaan antara Sulu, MNLF, MILF dan Abu Sayyaf—seperti mereka yang tidak mengerti perbezaan antara PLO dan Hamas. Walaubagaimanapun, izinkan saya merumuskan bahawa mereka ini adalah serpihan ataupun seteru kumpulan orang Islam di Filipina yang menuntut kemerdekaan, sama seperti orang Palestin di Timur Tengah.
Malaysia sebagai sebuah negara Islam, bersimpati dengan orang Islam di Filipina—sama seperti orang Islam di Selatan Thailand—dan kita telah banyak membantu dalam apa cara bagi menyelesaikan isu di Filipina dan Selatan Thailand.
Sepanjang jalan, bagaimanapun, sesuatu yang buruk telah berlaku. Seperti yang telah saya tulis pada tahun 2005, ada janji yang tidak dipenuhi. Dan ini ada kaitan dengan 'isu IC' Sabah (anda tidak perlu RCI untuk saya beritahu anda). Dan yang menyebabkan krisis tebusan Sipadan dan penglibatan Libya dalam menyelesaikan krisis selepas berbulan menemui jalan buntu.
Dilaporkan sejumlah RM50 juta bertukar tangan untuk mendapatkan pembebasan tebusan, kos yang ditanggung oleh Libya. Sudah tentu, tiada siapa yang akan mengaku hakikat ini walaupun mereka sendiri tidak akan dapat untuk menjelaskan bagaimana dan mengapa tebusan tersebut akhirnya dibebaskan.

Monday 25 March 2013

Hadi Malu-sebab itu U-turn!!!

Patut la Hadi Awang Kesayangan macai PAS ni bikin kenyataan u-Turn..
Rupanya dia malu ngan mamat sorang ini...Usop tak nak cakap apa...kita nilai la sendiri... Sekejap cakap itu sekejap cakap ini... Dia ngat bila kenyataan yang awal kuar pasal boleh guna perkataan Allah untuk org kristian maka PR boleh la menang sebab dah menawan hati penganut kristian... Tapi sekali undi org islam lak dia hilang... Nak pulak mamat ini kuar statement gini lak... Lagi la menghiris jiwa dan raga si Hadi....

Friday 22 March 2013

ANAK BAPAK NI BIKIN KECOH LAGI


Minah ni asal buka mulut ja mesti nak melalut and cakap bukan-bukan aduhai...mesti nak jadi isu....

Cakap pasai kejayaan Pakatan Rakyat...
Cakap pasai kebebasan bersuara.....

Soalan Usop mudah ja..
1) Apakah kejayaan yang dibuat di Lembah Pantai???
jwpan: xde- yang dok ada sebelum ni semua hasil YB terdahulu...sebab apa sejak hari pertama dia menang semua projek yang naik semua YB dulu yang bikin...kenapa Usop cakap gitu..xkan Minah ni menang Lembah Pantai and belum angkat sumpah tetiba jalan kat Lembah Pantai (Kerinchi) terus dinaiktaraf...Tanya orang Kerinchi la kalau rasa Usop cakap bohong....

2) Sila jelaskan perkara yang dibuat di Lembah Pantai???
jwpan: xde-sejak Usop kuar dari Lembah Pantai dan lalu kut Lembah Pantai tu....cam xde perubahan ja yang dilakukan. Kalau ada pun Kerajaan Pusat bikin..

3) Apakah kelayakan minah ni sampai layak jadi Timb. Presiden PKR????
jwpan: TAK DER- yang melayakkan dia sebab bapa dia ditangkap ketika itu.....

4) Berani ka Minah ni bentangkan KPI dia selaku YB Lembah Pantai????????
jwpan: Tepuk dada tanya selera....

5) Pernahkan minah ni or mana-mana geng dia kena tahan dengan polis ketika dok berceramah????
jwapan: TAK DER -

6) Pernahkan mana2 surat khabar milik pembangkang ditahan pengeluaran mahupun cetakkan mereka???
jwpan: TAK DER

Berbalik kepada ucapan minah ni...
surat khabar yang ada sekrg milik kerajaan yang asyik memburukan pembangkang.......tidak seperti dulu akhbar bebas berkata apa sahaja.... mudah ja soalan Usop????

"Beranikah Minah ni selaku Timb. Presiden PKR keluarkan surat kepada Suara Keadilan untuk menyampaikan semua berita mengenai pimpinan PKR tidak kira memuji ataupun mengkritik pimpinan PKR tanpa sebarang sekatan dan biarkan wartawan serta editor termasuk ketua Suara Keadilan ini menulis apa sahaja tanpa disunting atas dasar kebebasan bersuara????????????"


Wednesday 20 March 2013

Jangan La Dok Bergaduh!!!!!!!!!




 6 Mac 2013 - Majlis Fatwa Kebangsaan berpendapat para perajurit negara beragama Islam yang terkorban dalam misi mempertahankan negara berikutan insiden pencerobohan di Lahad Datu & Semporna, Sabah adalah tergolong sebagai syahid akhirat.

Pengumuman itu nyata disambut baik oleh khalayak umum dan mengubat kedukaan kaum keluarga yang sedang bersedih, di masa yang sama ia bagaikan satu suntikan semangat kepada ribuan perwira kita yang sedang berjuang menentang pengganas Kiram di medan tempur tika ini.

 17 Mac 2013 - Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib pula mempertikaikan ketetapan Majlis Fatwa dengan membuat andaian sendiri yang kematian para perajurit itu hanyalah syahid dunia.

 19 Mac 2013 - Dewan Ulama PAS sekali lagi cuba memberi gambaran kepada umum bahawa syahid dunia jauh lebih baik berbanding syahid akhirat. Sedangkan hakikatnya kedudukan syahid akhirat berada di atas syahid dunia.

Syahid akhirat juga tidak terhad kepada orang yang mati lemas, mati dalam kebakaran atau wanita yang mati melahirkan anak, sebaliknya turut merangkumi orang Islam yang terkorban ketika mempertahankan harta benda, keluarga dan mereka yang mati ditembak kerana menjaga keselamatan negara.

Manakala syahid dunia sebagaimana disepakati para ulama hanya terhad pada orang Islam yang mati ketika peperangan yang niatnya bukan kerana Allah S.W.T, tetapi disebabkan faktor utama untuk membolot harta rampasan perang.

Adakah para perajurit kita di Lahad Datu berperang demi untuk membolot harta benda pengganas Kiram? Tentu sekali tidak. Malah mereka juga tidak pergi ke Sabah untuk merampas atau menjajah negeri itu, sebaliknya berjuang untuk pertahankan maruah dan keselamatan negara dari keganasan pengikut Kiram.

Jika kematian mereka ini bukan syahid....
Situasi bagaimanakah pula yang dikatakan syahid.....
Adakah sebagaimana Amanat Hadi Awang dulu.........Baru Dikira mati syahid......?????


Renunglah sejenak pemergian mereka....Kematian yang mereka tidak pernah meminta....namun kematian itu pasti....Pemergiannya kerana mempertahankan kedaulatan negara....kematian kerana diserang musuh yang mengancam negara....

Mereka bukan pergi kerana berlumba haram mahupun bunuh diri....

Justeru itu cukup-cukuplah...janganlah pemergian mereka hendak di politikkan sedemikian rupa sehingga wujud pertikaian sebegini rupa....

alangkah bagus pemergian mereka diiringi juta ucapan Al-fatihah yang disedekahkan kepada mereka sebagai bekalan untuk mereka DISANA.....

Aku Benci Penerima BR1M.....


Selepas mendengar pembentangan Laporan Tahunan Program Transformasi Negara Usop jadi "benci" dengan penerima-penerima BR1M. 

Sebab apa aku benci???? 

1) Sebab tiap-tiap tahun diorang semua akan dapat duit subsidi yang terus sampai kepada mereka. Bagus Kerajaan sedia ada. Salur terus subsidi sampai ke rakyat

2) Ramai dikalangan mereka juga adalah penyokong parti pembangkang yang turut sama menikmati kenikmatan ini tapi kemudiannya "berkokok" menentang kerajaan di jalanan kerana mereka kan ayam sebagaimana kata Nik Aziz.


Tuesday 19 March 2013

BLOG Angin Laut China Selatan: PENGARANG CHINA PRESS TULIS - PAKATAN PEMBANGKANG TIDAK AKAN MENANG DI PULAU PINANG KERANA GAGAL TUNAI JANJI PRU12


PR PULAU PINANG HADAPI SAINGAN SENGIT

Menurut BN Pulau Pinang, kerajaan PKR Pulau Pinang tidak melaksanakan pelbagai janji dalam manifesto DAP yang dilancarkan pada 2007 sebelum menghadaopi PRU12.

Dalam PRU lalu, DAP telah melancarkan slogan "Rancangan Selamatkan Pulau Pinang 2007" untuk menumbangkan BN. Pada ketika itu, DAP mencadangkan 10 perkara untuk memperbaiki dan menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya yang teruk di negeri tersebut.

Selepas lima tahun, keadaan perhubungan jalan raya di Pulau Pinang masih belum banyak berubah. Kerajaan PR Pulau Pinang juga tidak melaksanakan janji untuk membina 5,000 tempat letak kereta di jambatan Pulau Pinang.

Dalam manifesto tersebut, DAP juga pernah berjanji akan membina 22,172 rumah mampu milik, sebaliknya hanya membina 4,000 unit rumah kos rendah dan sederhana, manakala swasta membantu membina 9,000 buah rumah.

Kerajaan PR Pulau Pinang pernah menjelaskan bahawa kerajaan negeri tidak boleh mengurangkan tol jambatan Pulau Pinang dan membatalkan janji untuk memberi tol percuma di Perai Utara dengan alasan bukan kuasa kerajaan negeri.

Oleh itu, manifesto tersebut disifatkan hanya untuk meraih undi dalam pilihan raya semata-mata. Dalam PRU kali ini, BN dijangka akan membangkitkan isu tersebut dan kerajaan PR Pulau Pinang dijangka sukar untuk memberikan jawapan. Pada PRU kali ini, PR diramalkan tidak boleh berfikir mudah.

– Rencana Pengarang China Press (17/3/13)

Sumber : 



Sent from my iPad

Monday 18 March 2013

Mesti Baca : Kelebihan Parti PKR Pimpinan @Anwaribrahim

'Keanehan' dan kepincangan politik PKR - Utusan

PARTI Keadilan Rakyat (PKR) sememangnya sebuah parti yang 'aneh'. Ia ditubuhkan bukan atas dasar perjuangan tetapi lahir berikutan perasaan tidak puas hati, marah dan kebencian berikutan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kerajaan dan UMNO pada tahun 1998.

Sejak tarikh berkenaan arena politik negara tidak lagi tertumpu kepada DAP atau Pas, biar pun kedua-dua parti itu jauh lebih berusia.

Percaturan politik pembangkang lebih berkisar kepada apa yang dirancang oleh PKR manakala DAP dan Pas akan bersetuju sahaja memandangkan mereka mempunyai hasrat yang sama iaitu menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan meletakkan Anwar sebagai Perdana Menteri.

Ketika DAP dan Pas dilihat menjalin kerjasama yang cukup aneh berikutan perbezaan ideologi antara mereka, perjalanan politik PKR pula cukup 'aneh' tetapi penuh kepincangan. Berikut penulis paparkan antara 'keanehan' dan kepincangan tersebut:

Paling berkuasa bukan Presiden

l Semua orang tahu biar pun Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail adalah Presiden namun beliau seolah-olah tidak ada apa-apa kuasa.

Segala-galanya diuruskan oleh suaminya, Anwar. Apa juga isu berkaitan PKR amat sukar sekali kita hendak mendengar Wan Azizah memberikan ulasan atau membuat kenyataan. Beliau hanya tampil jika ada isu melibatkan suaminya.

Berikutan itu, orang ramai tidak pernah melihat Wan Azizah mempunyai apa-apa kekuatan atau kelebihan. Apa yang mereka tahu, Wan Azizah hanya sekadar Presiden dalam catatan sebuah organisasi dan pernah melakukan pengorbanan terbesar dalam karier politiknya apabila meletakkan jawatan Ahli Parlimen Permatang Pauh bagi memberi laluan kepada suaminya bertanding.

Sikap Wan Azizah inilah yang memungkinkan muncul desakan supaya beliau mengundur diri secara terhormat.

Berjaya menanam politik kebencian

l Ini boleh dianggap kejayaan terbesar bagi PKR kerana pemimpin-pemimpin mampu memainkan peranan untuk menanam kebencian rakyat kepada kerajaan BN.

Apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan BN diperlekeh dan dipersendakan. Tidak pernah sekali pun kita mendengar PKR memuji usaha-usaha kerajaan BN. Sebaliknya, apa kita sering dengar setiap usaha itu akan diperlekehkan dan kononnya mereka boleh melakukan lebih baik lagi.

Lebih hebat mereka juga sering mendakwa apa yang dilakukan oleh BN menciplak idea mereka.

Parti pertama di Malaysia tiga beranak memegang jawatan penting dalam parti

l Ini juga satu keunikan, selain si bapa, Anwar menjadi Penasihat, si ibu, Wan Azizah menjadi Presiden, si anak pula, Nurul Izzah menjadi Naib Presiden. Jika keadaan ini berlaku dalam UMNO sudah pasti, parti itu akan diserang habis-habisan oleh pembangkang atas alasan mengamalkan nepotisme dan kronisme.

Masih kekal berpolitik, biar pun dikaitkan dengan kontroversi

l Walaupun isu melibatkan pemimpinnya mencetuskan polemik ada antara melibatkan soal moral. Namun pemimpin-pemimpin PKR bijak mempertahankan diri. Mereka begitu tegas menyatakan tidak bersalah dan apa yang berlaku ke atas mereka adalah konspirasi dan fitnah UMNO serta media arus perdana.

Berjaya mempengaruhi Pas untuk menjadi 'pak turut'

l Inilah kehebatan PKR. Biar pun Pas ditubuhkan sejak 1951 dan mempunyai rekod politik yang agak hebat namun parti yang suatu ketika memperjuangkan negara Islam itu 'tunduk' kepada pengaruh politik PKR.

Pemimpin-pemimpin PKR berjaya mempengaruhi pemimpin-pemimpin Pas termasuk dalam kalangan ulama untuk mengikut rentak politik mereka sehingga Pas dilihat sanggup mengorbankan hatta prinsip perjuangannya semata-mata termakan janji berkuasa bersama PKR dan DAP.

Malahan PKR juga berjaya memainkan peranan sehingga memungkinkan Pas yang suatu ketika dahulu menuduh UMNO kafir kerana bekerjasama dengan MCA dan MIC, bersedia berpeluk erat dengan DAP.

Walaupun pemimpin-pemimpin DAP secara tegas menolak perjuangan negara Islam dan hukum hudud, namun PKR mampu memujuk Pas untuk bertolak-ansur dalam soal itu. Akhirnya Pas mengorbankan perjuangan negara Islam dan mengubah kepada negara berkebajikan.

Paling ramai pemimpin kanan keluar

l PKR juga mencatatkan sejarah sebagai sebuah parti yang paling ramai pemimpin-pemimpin kanannya keluar parti.

Pemimpin-pemimpin bukan ahli biasa tetapi sebahagian besar adalah kelompok yang bertanggungjawab memperjuangkan Anwar dan menubuhkan PKR.

Mereka ini juga bersedia menentang habis-habisan kerajaan BN dan UMNO suatu ketika dulu semata-mata untuk mencapai matlamat politik PKR.

Namun akhirnya dari semasa ke semasa, bukan kata pemimpin malahan wakil rakyat PKR juga turut meninggalkan parti itu selepas mendapati pelbagai kepincangan dalam parti berkenaan.

Mengajar rakyat demonstrasi jalanan

l Sebelum tahun 1998, demonstrasi jalanan adalah sesuatu yang asing bagi rakyat Malaysia. Bagaimanapun bermula pada tahun tersebut, demonstrasi jalanan seolah-olah menjadi 'senjata' baru kepada pembangkang yang diketuai oleh PKR.

Dari semasa ke semasa sehinggalah ke hari ini, pembangkang menjadikan pendekatan itu untuk membuat tuntutan mereka. Apa yang anehnya, DAP dan Pas berjaya dipengaruhi oleh PKR untuk turut serta biar pun mereka mengetahui kesan buruknya.

Kerajaan negeri pertama disaman kerana tak tunai janji

l Kerajaan di bawah pimpinan PKR di Selangor menjadi kerajaan negeri pertama di negara ini yang disaman kerana tidak menunaikan janji dalam manifesto pilihan raya.

Keadaan ini berlaku kerana PKR sememangnya parti yang pandai menabur janji. Inilah yang memungkinkan mereka meraih kemenangan agak besar dalam pilihan raya umum lalu. Namun begitu apabila kejayaan sudah dicapai segala-galanya janji hanya tinggal janji.

Pandai bercakap tetapi tiada pengetahuan

l Satu 'kehebatan' pemimpin-pemimpin PKR ialah mahu mempolitikkan segala-galanya. Ia termasuklah juga dalam soal keselamatan negara. Ada pemimpinnya yang tidak ada pengetahuan mahu memberi ulasan, ia akhirnya mendedahkan betapa ceteknya pemikiran beliau dalam sesuatu perkara.

Begitu juga apabila mudah membuat tuduhan dan tohmahan tanpa disertakan dengan bukti kerana apa yang penting ialah memburukkan kerajaan BN.

Demikian beberapa catatan mengenai 'keanehan' politik penuh kepincangan PKR. Namun begitu seperti mana kata penganalisis politik, Ahmad Masrizal Muhammad, PKR tidak akan bertahan lama.

Katanya, PKR bukanlah sebuah parti yang ditubuhkan atas dasar perjuangan atau bergantung kepada 'grass root' tetapi individu.

''Mereka perlu akui, PKR bergantung kepada Anwar, kalau Anwar tumbang maka berakhirlah riwayat politik PKR.

''Berbanding tahun 2008, kedudukan Anwar kini semakin tergugat. Beliau semakin ditolak oleh rakyat berikutan pelbagai isu yang melumuri diri beliau,'' katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur.

Menurut Ahmad Masrizal, pemimpin-pemimpin pembangkang lain amat mengetahui keadaan itu sebab itulah tiada kesepakatan siapa yang bakal menjadi Perana Menteri jika pembangkang menang dalam pilihan raya umum akan datang.

Apa pun keadaannya adalah jelas, PKR semakin terhakis kehebatan politik putar belitnya. Dari semasa ke semasa kepincangan parti itu semakin terdedah dan inilah akibatnya apabila sebuah parti ditubuhkan semata-mata mahu merebut kuasa

Saturday 16 March 2013

Anjing Pun Dah Benci PKR

Send by my Ipad


Mesej ini telah diimbas oleh IMSS V7.1

Tian Chua dihadapkan di mahkamah akibat kenyataan beliau tentang pencerobohan Lahad Datu

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Tian Chua hari ini didakwa di Mahkamah
Sesyen Jalan Duta berikutan kenyataannya terhadap insiden pencerobohan di
Lahad Datu merupakan sandiwara politik.

Dah lama usop tunggu saat ini....Dah lama usop menantikan mangkok tingkat 
ni dihadapkan ke mahkamah....terlajak kereta boleh patah balik brader..terlajak 
cakap lu sembang sama hakim la nanti....apa lu punya nasib...

Kalau kalah sure lu ckap konpirasi BN/UMNO terhadap kehakiman......kalau 
menang pun sure lu ckap itu semua fitnah dari BN/UMNO.....

Friday 15 March 2013

BUAT TATAPAN DI WAKTU LAPANG


JOM KITA DESAK PAS KEMBALI PADA LANDASAN PERJUANGAN.....

TINGGALKAN PAKATAN RAKYAT DEMI AGAMA DAN UNDANG-UNDANG ISLAM....

ANWAR MENTOR SANDIWARA NEGARA


Sejak dari mula berlakunya peristiwa pencerobohan di Lahad Datu, Sabah sehinggalah ke saat ini di mana proses pembersihan giat dijalankan untuk menghapuskan saki baki pengganas Sulu, perkataan sandiwara tidak pernah lekang dari mulut para pemimpin dan penyokong PR.

Sama dada melalui tulisan atau ucapan, mereka cuba mencipta persepsi umum konon segala yang terjadi di Sabah tika ini hanyalah satu sandiwara politik. Bila ia gagal mencapai matlamat yang diingini, sebaliknya mengundang pula amarah rakyat mulalah mereka bersilat lidah mencipta seribu satu alasan.

Itu kehebatan PR, bijak dalam bab memperlekehkan orang lain dan amat pantas dalam hal mempolitikkan isu demi mencapai matlamat politik kepartian mereka. Di masa yang sama cukup berpengalaman dalam mencipta pelbagai alasan untuk membebaskan diri dari bebanan kesalahan.

Jika diimbas sejarah lama sejak hampir 15 tahun lalu, perihal sandiwara politik sebetulnya amat sinonim dengan Anwar Ibrahim dan pakatan pembangkang yang diketuainya. Modus operandinya sama sahaja seperti Lahad Datu yakni mencetus kesangsian umum terhadap Kerajaan BN kemudian meraih laba politik untuk kepentingan sendiri.

Dulu gerombolan pembangkang yang sama jugalah yang menghebohkan kononnya Kerajaan BN telah berkonspirasi untuk membunuh Anwar dengan menyuntik darah HIV+ ke dalam tubuhnya sehingga menimbulkan kemarahan ramai penyokong reformasi pro Anwar. Kalut ribut satu negara dibuatnya.

Bila sandiwara suntikan darah HIV+ reda dan gagal menyebabkan kejatuhan Kerajaan BN, maka pembangkang menyebarkan pula kisah Anwar diracuni dengan arsenik. Sekali lagi negara dilanda keributan, tambah kalut jadinya bila kuncu-kuncu Anwar menyebarkan cerita sedih kononnya hayat Anwar hanya berbaki setahun sahaja.

Sekali lagi ujian darah dilakukan dan sekali lagi juga terbukti tiada racun arsenik yang mengalir dalam darah Anwar, tapi seperti biasa pembangkang tanpa rasa malu tetap menyebarkan propaganda yang nyawa Anwar dalam bahaya.

Sepanjang proses perbicaraan kes meliwat Azizan, bekas pemandu isterinya, Anwar meneruskan pula sandiwara baru datang ke mahkamah dengan lehernya memakai pendakap leher dan berkerusi roda bagi mencipta gambaran dirinya dizalimi sehingga mengalami kecederaan pada tengkuk dan patah tulang belakangnya.

Ada yang percaya dan yakin dengan kebenaran sandiwara itu sekalipun terbukti semasa dalam penjara Anwar sebenarnya sihat walafiat boleh ke sana ke mari tanpa pendakap leher dan tidak perlu berkerusi roda, hatta boleh pula bermain sepak takraw dan ping-pong.

Bagi yang waras akal dan celik mindanya tentu tertanya, andai benar Anwar pernah disuntik dengan darah HIV+, diracuni dengan arsenik manakala leher dan tulang belakang patah akibat dizalimi, habis siapa pula gerangannya si Ketua Umum PKR dan Ketua Pembangkang tika ini yang saban hari aktif meracau berceramah keliling negara tanpa henti?

Hantu raya belaan Anwarkah? Tentu sekali tidak, kerana memang itulah Anwar Bin Ibrahim yang dulunya sibuk bersandiwara mendakwa diri di racuni arsenik dan disuntik darah HIV+ serta patah tengkuk dan belakangnya. Sihat dan terus aktif sekalipun perangainya makin hari dah nak sama dan hampir serupa dengan perangai hantu raya.

Dan Anwar ini jugalah yang sibuk mendakwa dirinya dalam bahaya bila mana kereta yang dinaiki Wan Azizah tiba-tiba mengalami kerosakan dan tersadai selama sebulan di bengkel kereta, alang-alang kereta dah rosak maka dikatakannya kerosakan itu akibat konspirasi orang lain untuk membunuhnya.

Gagal menarik perhatian ramai dengan cerita sandiwara kereta rosak, alih-alih bila timbul isu dia meliwat pembantu peribadinya sendiri yang bernama Saiful Bukhari, tak semena-mena Anwar melompat lari bersembunyi di Kedutaan Turki atas alasan ada cubaan untuk membunuhnya.

Anwar yang lantik Saiful jadi pembancuh kopi kemudian di bawanya Saiful ke hulu hilir baik di dalam dan luar negara, Anwar yang memandai toron Saiful, akhirnya Anwar jugalah yang mendakwa ada konspirasi nak membunuhnya selepas Saiful membuat laporan polis dakwa diliwat.

Bijak tak bijak sandiwara Anwar, apa sahaja yang dicipta olehnya, orang lain yang kena tanggung getah nangkanya. Dia yang bijak mencipta sandiwara orang lain pula yang dituduh sedang bersandiwara dan berkonspirasi terhadapnya. Hebat bukan?

Sebab itu bila tiba-tiba sahaja terpancul perkataan sandiwara atau konspirasi politik dari mulut Anwar atau juak-juak balacinya, sejarah lama jangan kita lupakan. Perkataan itu cukup sinonim dengan Anwar dan amat mahir dijayakan oleh juak balacinya dalam usaha mereka untuk meraih kepentingan politik.

Apa yang berlaku di Lahad Datu semuanya menjurus Anwar Ibrahim, sebab itu juaknya yang bernama Tian Chua paling awal terloncat macam beruk cuba mencetuskan persepsi dengan segera menuduh pencerobohan di Sabah itu adalah sandiwara dan konspirasi politik Kerajaan Pusat.

Satu jari tuju pada orang lain, empat jari tuju pada dirinya sendiri. Itulah kebiasaan Anwar, Bapa Sandiwara Malaysia.


Send by my Ipad

Mesej ini telah diimbas oleh IMSS V7.1

Wednesday 13 March 2013

Renungkan Bersama


Usop just nk minta kita semua renungkan bersama....

1) Apa kita tengah buat ketika ini?????
- Apa pula askar dan polis Malaysia
tgh lakukan di Lahad Datu?????

2) Apa kita tengah makan hari ini????
- Apa pula yang askar dan polis kita
tengah makan ketika ini???? Nasi
@ Peluru????