Thursday 18 April 2013

Biar Gambar Berbicara


Siapa Anwar Ibrahim Sebenarnya..


Dengar baik-baik kenapa orang kuat di samping Bang Anwar Bin Ibrahim tinggalkan mamat LBGT sorang ini. 



NANTIKAN BAHAGIAN 2 DARI USOP



CALON YANG PATUT DIUNDI !!!!!!!!!

SEMALAM USOP MENDAPAT MAKLUMAT MENGENAI CALON YANG BAKAL BERTANDING DI KAWASAN MEMBER USOP INI. 

DUN BANDAR BAHARU YANG MELETAKKAN NORSABRINA MOHD NOOR ATAU LEBIH  MESRA DENGAN "KAK SAB" SEBAGAI CALON BN YANG BAKAL MENGOTAKAN JANJI BN JIKA PENGUNDI BANDAR BAHRU MENGANGKAT BELIAU SEBAGAI WAKIL RAKYAT MEREKA. 

BILA USOP SELIDIK PASAL WANITA MUDA INI. MEMANG TERSERLAH KEPIMPINAN DIA SEPANJANG HIDUP DIA. 

MENARUJI SEBUAH ORGANISASI YANG CUKUP TERKENAL SELAKU CEO DI  PERBADANAN BIOTEKNOLOGI MELAKA  MEMBERIKAN DIA CUKUP ILMU KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN SERTA SELOK BELOK DALAM HAL PENTADBIRAN.

MENERAJUI KEPIMPINAN PUTERI DI BAHAGIAN UMNO KULIM BANDAR BAHRU SERTA SELAKU EXCO PUTERI UMNO MALAYSIA CUKUP MEMBERIKAN ILMU DALAM MENEMPUH LIKU RANJAU DALAM DUNIA POLITIK. 

APA YANG MENARIK HATI USOP, WALAUPUN SIBUK DENGAN TUGASAN BELIAU SELAKU SEORANG CEO SERTA ISTERI DAN IBU KEPADA DUA ORANG CAHAYA MATA, AMANAH SELAKU KETUA PUTERI DIPIKUL DAN DILAKSANAKAN DEMI PERJUANGAN ALIF BA TA. 

DIMANA SAHAJA RUANG LINGKUP MASYARAKAT YANG MEMERLUKAN PERTOLONGAN SERTA KEHADIRAN BELIAU TIDAK PERNAH DITOLAK SEKIRANYA TIADA HALANGAN. 


SIKAP RENDAH DIRI DAN MUDAH DIDEKATI CUKUP MENCERITAKAN BAGAIMANA MASYARAKAT MENYUKAI KAK SAB. MALAHAN ADA DIKALANGAN MASYARAKAT SEDIRI TIDAK MENYANGKA BAHAWA KAK SAB INI MERUPAKAN SEORANG DATIN 






















MALAH TIADA RASA JIJIK DIHATI KAK SAB UNTUK TURUN KE PERINGKAT BAWAH WALAUPUN DIA BERADA DI PERINGKAT TERTINGGI DALAM DUNIA POLITIK MAHUPUN KERJAYA.

SEBAB ITU USOP MERASAKAN PENDUDUK BANDAR BAHRU CUKUP BERUNTUNG MEMILIKI CALON YANG SEBEGINI RUPA. MAKA PADA 5 MEI INI MARILAH SEMUA BERAMAI - RAMAI MENGUNDI 

"DATIN  NORSABRINA MOHD NOOR" 
CALON DUN 
BANDAR BAHRU








BUAT KAK SAB !!! LAWAN TETAP LAWAN... 
PASTIKAN UMNO MERAMPAS KEMBALI KERUSI DUN BANDAR BAHRU DALAM PRU13. 





BAGI YANG MAHU MENGENALI SIAPA KAK SAB INI . BACA DISINI


NURUL IZZAH BUNUH DIRI

Berita panas yang Usop terima di Lembah Pantai. "Nurul Izzah bunuh diri????"

Biar betul berita ini. Kenapa dia bunuh diri??? Kecewa dengan sikap Bapak dia??? atau nama tidak terpilih???

Rasa Usop nama Nurul Izzah awal-awal lagi sudah tertulis dalam senarai calon PKR untuk PRU13 ini. 

Jadi apakah sebab dia bunuh diri?????

penduduk Lembah Pantai nekad kambus karier politik Nurul Izzah
Agak-agak kenapakah minah ini diperlakukan sedemikian rupa??? 


Tolak Pakatan 
Undi  Malaysia, Undi Barisan Nasional


Wednesday 17 April 2013

Ghani Othman vs Lim Kit Siang Ibarat Harimau Malaya vs Bapak Hantu

Dalam suasana politik demokrasi, seorang wakil rakyat yang baik pasti disayangi oleh rakyat di kawasannya dan beliau juga pasti berat hati untuk bertanding di tempat lain kerana tindakan itu akan dilihat seperti mengabaikan rakyat kawasannya.  Justeru, wakil rakyat yang baik selalunya akan kekal di satu-satu kawasan untuk masa yang lama dan mempunyai banyak masa untuk merancang dan memantau pembangunan kawasan tersebut.  

Buktinya, Dato’ Seri Najib, Tun Mahathir, dan mana-mana ahli politik yang disanjung rakyat jarang sekali bertukar-tukar kawasan.   

Ini amatlah berbeza dengan pemimpin DAP iaitu Lim Kit Siang.  Lim Kit Siang pastinya benar-benar menghayati slogan ‘ubah’ DAP kerana asyik berubah-ubah kawasan bertanding.  

Sejak dari 1969, Lim Kit Siang asyik berubah kerusi antaranya,  Bandar Melaka (1969–1974), Kota Melaka (1974–1978),  Petaling Jaya (1978–1982),  Kota Melaka (1982–1986),  Tanjong (1986–1999), dan akhir sekali Ipoh Timur pada 2004 dan kini berubah angin lagi ke Gelang Patah.  Jangan ditanya apa jasanya kepada semua kawasan-kawasan tersebut, kerana tidak ada langsung.  Satu-satunya ‘khidmat’ yang disumbang kepada rakyat kawasannya ialah perpecahan dan semangat perkauman serta kebencian yang meluap-luap.

PENGIKUT BAGAI NAK GILA MEMBANTING TULANG TAPI ANWAR????????

Pada 12 April lalu akhbar kewangan berpengaruh di Amerika Syarikat, Financial Times menerbitkan temuramah dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Beberapa persoalan timbul berhubung dengan artikel yang memfokus kepada pandangan Anwar mengenai Pilihan Raya Umum ke 13 yang bakal pada 5 Mei depan.

Pertama temuramah tersebut diadakan di sebuah hotel lima bintang bernama Hotel Bristol di ibukota Paris di mana hadir sama adalah alah seorang anak perempuan beliau.

Ketika parti-parti pembangkang sibuk mengatur strategi untuk berdepan PRU13 yang akan menentukan hidup mati mereka, Anwar serta keluarga bersenang lenang bercuti di Paris bertemu dengan wartawan asing.

Di sini rakyat perlu bertanya di manakah komitmen seorang yang bercita-cita besar untuk menjadi Perdana Menteri tetapi sempat mencuri masa yang berharga untuk berlibur di luar negara sementara anak-anak buah di negara sendiri berhempas pulas memperjuangkan agenda politik peribadinya tanpa mereka sedari.

Kedua, wartawan yang menemuramah beliau bernama Simon Kuper bukanlah seorang yang pakar di dalam bidang politik apatah lagi untuk menulis mengenai pilihan raya dan senario politik Malaysia.

Tuesday 16 April 2013

ISTILAH SEBENAR PR


ISTILAH SEBENAR PR DI BAWAH PIMPINAN
BRO ANWAR BIN IBRAHIM

SIKAP ANWAR KUBURKAN PAKATAN RAKYAT

Sikap Teragak-Agak Anwar Ibrahim Akan Memakan Pakatan Rakyat
Pemimpin-pemimpin sepatutnya berkebolehan membuat keputusan jitu, kemudian melaksanakannya tidak kiralah apa pun halangan yang datang. Malang buat Pakatan Rakyat, "ketua umum" mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim kini lebih kerap menunjukkan sikap beliau yang teragak-agak.
Tak perlu kita bincangkan tentang keputusan untuk rakyat, sedangkan minggu lepas Anwar sendiri gagal membuat keputusan jitu untuk dirinya sendiri. Ramai yang terkejut betapa Anwar gagal membuat keputusan tentang kerusi mana yang beliau akan bertanding, yang disusuli dengan tindakan "flip-flop" sebelum akhirnya beliau ambil keputusan untuk terus mempertahankan kerusi Permatang Pauh.
Kenapa Anwar kerap berbelah-bagi?
Sebenarnya beliau dikenali sebagai seorang yang tidak pernah ada keputusan tetap, beliau lebih gemar mendiamkan diri atau menghilangkan diri apabila sesuatu keputusan penting harus dibuat. Respon beliau kepada kontroversi-kontroversi yang melanda pakatan pembangkang, sebagai contoh penggunaan kalimah Allah, isu hudud, isu kepolisian moral oleh PAS di Kelantan dan sebagainya adalah hanya berdiam diri.
Anwar mungkin lebih gemar jadi seorang pemerhati pada saat-saat getir sebegitu, namun Pakatan Rakyat bakal menghadapi ujian yang sukar pada PRU13 ini, dan ramai orang bimbang dengan sikap Anwar ini. Bukan kerana beliau seorang yang tiada kebolehan, tapi kerana beliau tidak mampu membuat kata putus atau mempertahankan kepercayaan beliau (yang kerap juga bertukar setiap kali).
Kini Anwar berhadapan dengan masalah apabila ketua umum PKR sendiri dikritik oleh ahli-ahli parti kerana calon-calon pilihan beliau hanya terdiri daripada rakan-rakan dan sekutu-sekutu rapat beliau sahaja.
Kita juga bakal berhadapan dengan seorang blogger pro-kerajaan yang mencabar Anwar di tempat sendiri pada PRU13 nanti.
Nampaknya semakin ramai yang berani mencabar Anwar kerana kelemahan beliau yang gemar menjaringkan gol sendiri.
Tidak hairanlah kenapa Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang merasakan diri beliau layak untuk memegang jawatan Perdana Menteri kerana calon PM Pakatan Rakyat adalah seorang yang banyak kelemahan untuk menggapai cita-cita menggunung beliau menjadi PM Malaysia.
Segala kekalutan dalam Pakatan akan bertambah teruk menjelang tibanya PRU13. Keputusan tentang calon harus segera dibuat dan polisi-polisi harus diperjelaskan kepada rakyat. Berdasarkan rekod prestasi Anwar yang teruk, sebagai contoh beliau membelakangi keputusan Pakatan untuk menutup loji nadir bumi Lynas dalam tempoh dua minggu selepas melancarkan manifesto, kita pasti tidak ramai yang mengharapkan kepimpinan yang kukuh dar beliau sekiranya beliau memegang jawatan PM.
Semua ini memang nampak seperti isu-isu kecil atau picisan, tapi fikirlah, adalah sikap sebegini akan membawa kebaikan kepada negara seandainya Pakatan berjaya merampas Putrajaya?
Pakatan pembangkang dilihat menghampiri pilihanraya ini dengan kaedah yang sangat amatur, dengan persediaan yang lemah, dengan masalah pemilihan calon yang jelas, dengan polisi-polisi yang tergesa-gesa dan populis, dan mereka juga berada di bawah telunjuk seorang pemimpin yang tidak pernah bersedia untuk memberikan komitmen kepada apa-apa.

LIM GUAN ENG ANGGAP MEREKA PARIA


Karpal Buat Hal Lagi!


Dua perwakilan DAP menyangkal kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh semalam bahawa tiada penipuan berlaku pada pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) yang diadakan pada hujung tahun lalu.

Bekas Penolong Setiausaha DAP Taman Seri Sungai Pelek, Wong Yu Liuh berkata, beliau dan dan Ahli Jawatankuasanya, G. Manimaran merupakan antara 753 perwakilan yang dinafikan hak untuk mengundi pada pemilihan itu.


Katanya, tindakan itu bertentangan dengan undang-undang parti dan menggesa pemilihan semula diadakan bagi keadilan semua pihak. Baca disini untuk seterusnya


 

MESEJ ANWAR KEPADA NAJIB

Hati - hati kepada pengundi Malaysia semua.
Pilihan di tangan anda.
Buatlah pilihan yang matang dan waras bukan beremosi....

SENARAI PENUNAI JANJI BN 2013

Jom mengundi diorang.....

GERIK: DATO' HASBULLAH OSMAN (SETPOL TPM)

N.01 PENGKALAN HULU AZNIL IBRAHIM

N.02 TEMENGGOR SALBIAH MOHAMED (Ketua Puteri UMNO  Negeri)


LENGGONG: DATO' SHAMSUL ANUAR NASARAH (Mantan MP Lenggong)

N.03 KENERING DATO MOHD TARMIZI HJ IDRIS (Mantan ADUN)

N.04 KOTA TAMPAN DATO' SAARANI MOHAMAD (Ketua Penerangan UMNO Negeri)


LARUT: DATO' HAMZAH ZAINUDDIN (Mantan MP)

N.05 SELAMA DATO' MOHD DAUD MOHD YUSOF

N.06 KUBU GAJAH HASBULLAH ALIAS (Abang Ustaz Kazim Elias)

N.07 BATU KURAU DR MOHD AMIN ZAKARIA


PARIT BUNTAR : MOHD GHADAFFI (Pengerusi Belia 4B Malaysia)

N.08 TITI SERONG ABU BAKAR MAT ALI (Bekas calon PRU12)

N.09 KUALA KURAU MOHD SALLEH MAT DISA 
(Bekas calon PRU12)


BAGAN SERAI:  DR NOR AZMI GHAZALI

N.10 ALOR PONGSU DATO' SHAM MAT SAAD (Mantan ADUN)

N.11 GUNUNG SEMANGGOL ZULKARNAIN BIN ISMAIL (Setiausaha UMNO Bahagian)

N.12 SELINSING SHAHARUDDIN BIN AHMAD (Ketua Pemuda UMNO Bahagian)


BUKIT GANTANG : DATO' ISMAIL SAFIAN (SUSK MB Perak)

N.13 KUALA SEPETANG LOH SWEE ENG

N.14 CHANGKAT JERING DATO' ROSLI HUSIN (Mantan ADUN Trong)

N.15 TRONG DR ZABRY ABDUL WAHID 


TAIPING:  DATO' TAN LIAN HOE (Mantan MP Gerik)

N.16 KAMUNTING DATO' MOHD ZAHIR BIN ABDUL TALIB (Mantan ADUN)

N.17 POKOK ASAM DATO' HO CHENG WANG

N.18 AULONG SOO KAY PENG


PADANG RENGAS:  DATO' SERI MOHD NAZRI ABDUL AZIZ (Mantan MP)

N.19 CHENDEROH ZAINON MOHD NOOR (Pegawai khas Nazri Aziz)

N.20 LUBUK MERBAU DATO' SITI SALMAH MAT SUJAK (Ketua Wanita Negeri)


SUNGAI SIPUT:  DATO' SK DEVAMANY

N.21 LINTANG DATO' DZULKIFLY HJ HARUN (Ketua Bahagian UMNO Sg Siput)

N.22 JALONG LIEW YEU AW


TAMBUN:  DATO' SERI AHMADHUSNI HANADZLAH (Mantan Timbalan Menteri Kewangan)

N.23 MANJOI MOHD ZIAD DATO HJ MOHD

N.24 HULU KINTA DATO' AMINUDDIN HJ MAT HANAFIAH (Pegawai Khas Husni)


IPOH TIMOR:  CATLINE WONG MEI YEN

N.25 CANNING CYLIN TEI WEI LONG

N.26 TEBING TINGGI TONY FOO BON CHEW

N.27 PASIR PINJI DATO' KONG FAH CHONG


IPOH BARAT:  DR. CHENG WEI YEE

N.28 BERCHAM LIEW WEI SHANG

N.29 KEPAYANG CHANG KONG ONG

N.30 BUNTONG SILVARAJ A/L CHANDRAN


BATU GAJAH:  LOH TENG TAK

N.31 MORGAN AL/ SUBRAMANIAM

N.32 MENGLEMBU LOW GAH YAN

N.33 TRONOH LIP TZE CHAI


KUALA KANGSAR:  DATO' WAN MOHD KHAI-RIL (Mantan ADUN Chandan)

N.34 BUKIT CHANDAN MASLIN SHAM RAZMAN (Mantan Ketua Pemuda Negeri)

N.35 MANONG MOHD KAMIL DATO SHAFIE (Naib Ketua Bahagian UMNO Bahagian)


BERUAS:  DATO' CHANG KO YOUN

N.36 PENGKALAN BAHARU DATO' ABDUL MANAF YASSIN

N.37 PANTAI REMIS FOH SIOW YUN


PARIT:  DATO' MOHD ZAIM ABU HASSAN (Mantan ADUN Belanja)

N.38 BELANJA MOHD NIZAR ZAKARIA (Mantan MP Parit)

N.39 BOTA DATO' NASARUDDIN HASHIM


KAMPAR : DATO' LEE CHEE LEONG

N.40 MALIM NAWAR CHANG BO CHIANG

N.41 KERANJI DANIEL WA WAI HOU

N.42 TUALANG SEKAH NOLEE ASHILIN DATO' MOHD RADZI (Mantan ADUN)


GOPENG : DATO' TAN CHI MENG

N.43 SUNGAI RAPAT DATO' HAMIDAH OSMAN (Ketua Penerangan Wanita UMNO Pusat)

N.44 SIMPANG PULAI DATO' CHANG KO YUN

N.45 TEJA YUE SAW KAM


TAPAH:  DATO' M. SARAVANAN 

N.46 CHENDERIANG DATO' DR MAH HAN SON

N.47 AYER KUNING DATO' SHAMSUDDIN ABU HASAN


PASIR SALAK:  DATO' TAJUDDIN ABDUL RAHMAN (Ketua Bahagian)

N.48 SUNGAI MANIK DATO' ZAINOL FADLI PAHARUDDIN (Mantan ADUN)

N.49 KAMPUNG GAJAH ABDULLAH FAUZI AHMAD RAZALI


LUMUT : DATO' SERI KONG CHONG HA

N.50 SITIAWAN TIM KAI FOOK

N.51 PASIR PANJANG RASHIDI IBRAHIM (Pegawai Khas MB Perak)

N.52 PANGKOR DATO' SERI ZAMBRY ABDUL KADIR (MB)


BAGAN DATOH : DATO' SERI ZAHID HAMIDI (Mantan Menteri Pertahanan)

N.53 RUNGKUP DATO' SHAHROL ZAMAN YAHYA (SETPOL Zahid)

N.54 HUTAN MELINTANG SUBRAMANIAM A/L RAMANI


TELUK INTAN:  DATO' MAH SEW KEONG

N.55 PASIR BEDAMAR DATO' M. KEYVEAS

N.56 CHANGKAT JONG MOHD AZHAR JAMALUDDIN (Timb. Ketua Bahagian


TANJUNG MALIM:  DATO' ONG KA CHUAN

N.57 SUNGKAI GOH KIM SWEE

N.58 SLIM DATO' KHUSHAIRI ABDUL TALIB (Ketua Bahagian)

N.59 BEHRANG DATO' RUSNAH KASSIM (Mantan ADUN Manjoi)




Send by my Ipad

HARIMAU BELANG BAKAL MUNCUL MENGAUMM!!!!!!!!!!!!!

BERITA YANG USOP BARU TERIMA..
NGERI JUGA JIWA DAN RAGA USOP BILA BACA SURAT YANG DIHANTAR OLEH SEORANG KENALAN USOP. 
BILA DIRUJUK SEMULA KENALAN LAIN SERTA DISIASAT DI ALAM MAYA RUPANYA SUDAH HARI DUA MINGGU INI BICARA MENGENAI SURAT INI BERLEGAR DI PERSEKITARAN KITA.

MENJADI PERSOALAN UTAMA. 
APAKAH MOTIS PERKARA INI DILAKSANAKAN???
ATAS DASAR TUJUAN APA IANYA PERLU DILAKSANAKAN???
JIKA BENAR PAKATAN RAKYAT INI MEMPERJUANGKAN DEMOKRASI!!!!!
KENAPA OPS SEBEGINI PERLU DILANCAR ATAS TUJUAN MENAKUTKAN PEMIKIRAN PENGUNDI UMNO!!!!
APAKAH BENTUK KETAKUTAN YANG BAKAL @ MAHU DILAKSANAKAN ITU.

BELUM BERKUASA SUDAH PAKAI MENGGUNAPAKAI KUASA...
BILA SUDAH BERKUASA BARANGKALI JUGA PANDAI MENYALAHGUNAKAN KUASA!!!!!!


REHATKAN MINDA: JENAKA SEPAGI

RENUNGKAN DAN BUATLAH PILIHAN YANG BIJAK
APA PUN UNDILAH MALAYSIA, UNDILAH BARISAN

Monday 15 April 2013

SUMBER RAPAT : KENALI SIAPA ANWAR



Setelah lebih 30 tahun menjadi penyokong tegar dan tulang belakang Anwar Ibrahim, Profesor Datuk Dr Sidek Baba akhir membuat keputusan untuk meninggalkan Anwar dan perjuangan PKR kerana yakin dengan masalah moral ketua umum PKR itu. Malah menurut rekod semenjak penubuhan PKR, seramai 32 daripada 34 pengasas PKR telah keluar parti tersebut.
Malah sekiranya di teliti, semakin hari semakin ramai golongan akademik yang telah tinggalkan Anwar. Maka tinggallah geng bodoh dan fanatik tak tentu pasal sahaja di dalam PKR. Kawan-kawan yang suatu ketika dahulu sanggup sehidup semati sudah mula menjadi “musuh”nya.

Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri mengatakan, beliau memahami kenapa Profesor Datuk Dr Sidek Baba mengambil masa yang lama untuk meninggalkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini kerana, menurut Tun, beliau juga mengambil masa lebih kurang enam tahun untuk mempercayai segala dakwaan ke atas Anwar sebelum mengambil keputusan untuk memecatnya pada 2 September 1998. Jadi sebagai golongan intelektual, Dr Sidek telah dilatih untuk membuat kajian dan penyelidikan yang mendalam sebelum membuat sesuatu keputusan yang tepat.

Bak kata pepatah Melayu, “tak kenal maka tak cinta, kalau tidak kenal, susah nak cinta dan masa itulah keburukannya baru kita nampak. Menurut Dr Sidek, Anwar hanya pandai bercakap tapi takde tindakan. Malah ketika rakyat berbilang bangsa sama-sama majukan negara, Anwar Ibrahim singlehandedly mahu hancurkan negara.

Walaupun pernah ditahan ISA pada September 1998, namun sokongannya terhadap Anwar pada masa itu tidak pernah goyah. Namun apabila Anwar dituduh melakukan liwat II pada tahun 2008, telah menyebabkan beliau mula mencari jawapan dengan menemui orang-orang yang pernah bersama dan meninggalkan Anwar.

Akhirnya selepas tiga tahun mengkaji dan bertanya orang-orang yang dekat dengan Anwar, beliau menbuat keputusan untuk menjarakkan diri dengan pemimpin ‘Anugerah Tuhan’ itu. Kesimpulan yang ditemui oleh Dr Sidek ialah ada sesuatu yang tidak kena pada intergriti Anwar.

“Saya mahukan Malaysia ini dipimpin oleh tokoh yang mempunyai integriti. Tetapi kalau kita tampilkan imej yang tercalar mungkin orang luar, kuasa-kuasa luar boleh menjadikan asas ini sebagai peras ugut. Apa lagi orang dalam pakatan pembangkang. Jadi, saya percaya, banyak pihak tahu apa yang berlaku. Cuma tidak berani menyampaikan kepada khalayak kerana banyak faktor.”

Malah Anwar sendiri pernah berpesan untuk menjadi pemimpin, sesorang itu mesti bersih dan kelihatan bersih. Maka adalah tidak salah Dr Sidek menjadikannya sebagai asas untuk mencari kebenaran dan pendirian di kalangan 28 orang yang pernah rapat dengan Ketua Umum PKR itu.

Berikut adalah senarai mereka yang telah meninggalkan Anwar :

  1. Chandra Muzaffar (Timbalan Presiden Parti KeAdilan Nasional)
  2. S. Nalla Karuppan (Ketua Bahagian PKR Kepong, teman rapat Anwar ketika TPM, rakan mainan tenis Anwar setiap minggu dan pemegang rahsia Anwar).
  3. Ezam Mohd Nor (Ketua Pemuda PKR dan Ketua Besar zaman Reformasi, orang yang menubuhkan PKR dan paling dipercayai oleh Anwar)
  4. Anuar Shaari (Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim di Kementerian Kewangan dan antara penggerak utama Reformasi)
  5. Fairus Khairuddin (Bekas ADUN Penanti dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang)
  6.  Zahrain Mohd Hashim (Ahli Parlimen Bayan Baru & Pengerusi PKR Pulau Pinang)
  7. Zulkifli Noordin (MP Bandar Baru Kulim, bekas Peguambela kes-kes peribadi Anwar dan pejuang kes Anwar diracun arsenik dan penceramah kes-kes anti-murtad)
  8. Zainur Zakaria (Bekas peguam bela No. 1 Anwar dalam kes pertama, AJK Parti KeAdilan Nasional, calon Keadilan Pilihanraya Umum di Lembah Pantai 1999, dan bekas Presiden Majlis Peguam)
  9. Ruslan Kassim (Ketua PKR Negeri Sembilan, Ketua Penerangan PKR dan Otai Reformasi)
  10. Nell Onn (Ketua Wanita Parti KeAdilan Nasional)
  11. Abdul Rahman Othman (bekas Bendahari PKR dan Timbalan Presiden Parti Keadilan Malaysia)
  12.  Marina Yussuf (Naib Presiden Parti KeAdilan)
  13.  Lokman Noor Adam (Setiausaha Angkatan Muda Keadilan, Ketua AMK Johor) .
  14.  V. Arumugam (ADUN Bukit Selambau)
  15.  Mohd Radzi Salleh (ADUN Lunas).
  16.  Badrul Hisham Abdullah (ADUN Pelabuhan Kelang).
  17.  Tan Tee Beng (Ahli Parlimen Nibong Tebal).
  18.  Sallehudin Hashim (Setiausaha Agung PKR)
  19.  Dr Halili Rahmat (Bendahari PKR Hulu Selangor)
  20.  Muhammad Zahid Md Arip (Naib Ketua Pemuda PKR)
  21.  Mohsin Fadzli Samsuri (Ahli Parlimen Bagan Serai)
  22.  Hamdan Taha (Timbalan Pengarah Pilihanraya Keadilan)
  23.  Dr Abdul Wahid Ahmad Suhaimie (Pengerusi Perhubungan Keadilan Pahang)
  24.  Jamaludin Abu Hassan (Pemangku Ketua PKR Padang Serai)
  25.  Mohd Hanafiah Man (Ketua Pemuda Keadilan Perak)
  26.  Fakhrul Azman Abu Bakar (Exco Pemuda Keadilan)
  27. Shamsul Bahari Shamsuddin (Exco Pemuda Keadilan)
  28. Rosli Mohd Johar (Naib Ketua Pemuda Keadilan Wilayah Persekutuan)
  29.  Zainuddin Awang (Exco Pemuda Keadilan Terengganu)\
  30. Datuk Bujang Ulis (Keadilan Sarawak)
  31. Rusli Mohd Shariff (Naib Ketua Pemuda Keadilan Negeri Sembilan)
  32. Jeffry Nizam (Exco Pemuda Keadilan Pahang)
  33. Jamaluddin Mohd Radzi (ADUN Behrang)
  34. Kapten (B) Mohd. Osman Jailu (ADUN Changkat Jering)
  35. Tan Wei Shu (ADUN Bakar Arang)
  36. Soraya Sulaiman (Ketua Penerangan Wanita PKR)
  37. Roshanita Mohd Basir (Timbalan Ketua Wanita PKR Bahagian Bagan Serai)
  38. Datin Saidatul Badru Tun Said Keruak (Naib Presiden PKR)
  39. Anuar Tahir (bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Nasional yang pertama sehinggalah pada tahun 2001, Pemimpin ABIM dan WAMY, menyertai Gerakan Reformasi bersama-sama Muhammad Nur Manutty, mantan Presiden ABIM, Mustapha Kamil Ayub (pernah menjawat Presiden PKPIM) dan juga Ruslan Kassim.)
  40. Mohammad Mustafa (bekas Pengerusi Keadilan Kelantan)
  41. Aminah Abdullah, bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang
  42. SD Mohamad Johari Yasin, (Setiausaha Angkatan Muda Keadilan Malaysia) penggerak awal Reformasi. Kenapa dia tinggalkan Anwar?
  43. Mustafa Khalid Hanafi, (Pengarah Pilihanraya PKR Kedah).
  44. Abdul Manap Shahardin (bekas calon PKR Bagan Pinang)
  45. Mohd Shukri Mohd Ramli @ blogger CucuMatKilau (blogger ulung reformasi yang mula berblog sejak 1998 dan Calon PKR dalam PRU-12 bagi DUN Kemayan Parlimen Bera)
  46. Tuan Hj. Sulaiman Abdullah (Peguam kes Anwar)
  47. Zamil Ibrahim (Bekas Setiausaha Ahli Parlimen Merbok/Exco Pemuda PKR Pusat)
  48. N Gobalakrishnan - YB Padang Serai, Kedah.
ANDA SELAKU PENYOKONG PKR DARI JAUH INI BILA LAGI NAK KELUAR DARI LANDASAN PERJUANGAN PKR YANG MEMENTINGKAN HAWA NAFSU ANWAR IBRAHIM DAN AZMIN ALI

Lim Kit Siang Tunjuk Kuasa !!!!!


Pemimpin DAP diarah tutup mulut wujud pertembungan DAP.


Lim Kit Siang telah mengarahkan pemimpin DAP menutup mulut ekoran terdapatnya perbalahan dalaman antara parti cauvinis Cina itu. Usaha itu dibuat ekoran usaha DAP yang cuba "dilihat" menjadi parti pelbagai kaum, sedangkan jelas hak kaum lain di dalam DAP diketepikan.


Apa buktinya? Tiada Melayu dalam kepimpinan tertinggi DAP, sebaliknya calon Melayu, Zairil Khir Johari hanya "dilantik" sebelum Lim Guan Eng kata berlaku "silap kira undi." Apa lagi kata Kit Siang?

Perbalahan dalam DAP terus jelas dengan arahan Lim Kit Siang terkini, DAP juga bertelagah dengan PKR apabila Dr Boo Cheng Hau bergaduh berebut kerusi Gelang Patah dengan Datuk Seri Dr Chua Jui Meng. Malah apabila dikritik oleh Dr Boo, Kit Siang telah memberikan arahan kepada proksinya Naib Pengerusi DAP Johor, Ong Kow Meng agar mencabar pengerusi parti negeri itu untuk berundur daripada jawatan itu selepas pilihan raya umum ke-13.

Dengan alasan itu, Dr Boo perlu untuk menghormati pengumumannya mengenai pengunduran yang dibuat pada mesyuarat jawatankuasa parti negeri pada Ahad 7 April lalu di pusat khidmat Gelang Patah. Ini kerana dengan pengumuman tersebut dia tidak lagi sesuai untuk menerajui DAP di Johor yang disebabkan oleh cara kepimpinannya. Malah Kow Meng turut mengatakan, Dr Boo gagal menyatukan anggota-anggota parti sehingga menyebabkan perpecahan dalaman.

Ia ekoran dari kenyataan Dr Boo sebelum ini, yang dilaporkan mendakwa menghentam anak kesayangan Guang yang juga merupakan setiausaha agung parti, Lim Guan Eng kerana memanipulasi keadaan dalam menamakan calon-calon di Johor. Dalam e-mel kepada pucuk kepimpinan parti baru-baru ini membidas Guan Eng kerana menggunakan perbincangan kasual di kedai kopi sebagai keputusan rasmi parti. Boo merujuk kepada pemilihan ketua pemuda negeri Tan Hong Pin sebagai calon untuk kerusi negeri Mengkibol.

Bekas anggota dewan undangan negeri Ng Lam Hua dilapor digugurkan untuk memberi laluan kepada Hong Pin, yang sebelum ini disebut-sebut bertanding kerusi negeri Pekan Nenas. Boo berkata pencalonan Hong Pin dibincangkan pada makan malam sambil minum bir, di sebuah kedai kopi pada 2 April. Namun tiada keputusan dibuat. 

"Bagaimana perbincangan kasual di kedai kopi bersama hidangan bir dijadikan sebagai keputusan rasmi parti? Guan Eng tidak bertanggungjawab dalam menyakinkan (bekas pengerusi DAP) Dr Chen Man Hin dan jawatankuasa pemilih lain bahawa saya bersetuju dengan aturannya," katanya.

Apa jadi kepada Jui Meng? Dia diberi kerusi Segamat, sebaliknya Kit Siang memperolehi kerusi Gelang Patah. Kesian Jui Meng ... Bertahun bekerja di Johor tapi dicampak ke kerusi yang dia sendiri belum yakin menang, sedangkan Kit Siang pula terus-terusan berkempen untuk memenangi Gelang Patah.

Jelas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Kit Siang akan mencetuskan perbalahan kaum di Gelang Patah jika menang juga ada asasnya. Arahan kepada pemimpin DAP untuk menutup mulut jelas menunjukkan betapa sikap sebenar beliau yang menjadi "warlord" dalam DAP.

Semua orang kena dengar cakap dia, kalau tidak tiada harapan terselamat. Kemudian hari ini di Johor mereka berpura-pura krisis telah selesai, wayang kuat lah Pakatan Rakyat ni.

Konon Dr Boo bersalaman dengan Jui Meng, sedangkan kedua-duanya difahamkan masih lagi bertelagah. Kalau penyelesaian merebut kerusi pun tak boleh selesaikan, apatah lagi perbezaan pendapat dalam mentadbir negara.

Hancur Malaysia kalau mereka perintah, mangsanya rakyat. Pada masa itu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pun tak boleh buat apa, kecuali buat bodoh sahajalah. Sebab dia dah menyesal bekerjasama dengan dua parti yang kononnya memperjuangkan rakyat, tapi hanya nak jadikan Anwar sebagai perdana menteri.

NAJIB TUMBUK MUKA ANWAR??????


Siapa sebenarnya yang lebih membawa harapan rakyat?


Jika hendak dibandingkan antara kedua-dua manifesto Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR), dan juga rekod prestasi pentadbiran kedua-dua parti politik berkenaan, jelaslah BN lebih mampu menawan kebolehpercayaan rakyat.

Hal ini berikutan kerana setiap janji ditepati dan setiap janji-janji baru akan lebih banyak membawa kesejahteraan kepada rakyat jelata dari setiap lapisan masyarakat.

BN bawa harapan untuk semua rakyat Malaysia. Pakatan hanya bawa harapan untuk Anwar Ibrahim.

Pengarah kanan ISIS Malaysia Steven Wong setuju dengan praktikaliti Manifesto Akujanjai BN, yang mana menurutnya manifesto BN mempunyai kelebihan. 

Dalam kesemua 17 bidang yang diliputinya, terdapat penjelasan secara khusus tentang perkara yang telah dilaksanakan dalam tempoh lima tahun lepas dan yang akan dilaksanakan dalam tempoh lima tahun akan datang.

Menurutnya, perancangan BN itu juga lebih menyeluruh berbanding PR yang tidak menyatakan secara tepat apa dan bakal yang mereka akan laksanakan serta tempoh masa mereka melaksanakan janji manifesto itu.

Beliau turut membangkitkan soal pemberian wang secara tunai melalui Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang menurutnya baik dan munasabah.

"Walaupun pelbagai pihak heboh memperkatakan tentang pemberian wang oleh kerajaan, namun jumlah bantuan kewangan yang ditawarkan itu agak munasabah.

"Bagi 40 peratus isi rumah bawahan, jumlah yang mereka terima hanya lebih kurang bersamaan dengan pendapatan tambahan untuk satu bulan bagi mereka," katanya.

Jelasnya lagi, melalui pemberian berkenaan, ia mensasarkan kepada kumpulan tertentu dengan tepat.

Katanya, ia tidak sama dengan pemberian bukan berbentuk wang seperti subsidi tenaga dan makanan, yang boleh membawa kepada berlakunya penyelewengan dan pembaziran dalam skala besar.

Perlu juga disebut bahawa insentif lain yang ditawarkan oleh manifesto itu menunjukkan sesetengah rakyat negara ini akan mendapat pelbagai bentuk bantuan.

"Bagaimanapun, saya berpendapat bahawa dari segi pemberian geran wang, manifesto BN tidaklah bersifat keterlaluan dan layak diberi markah yang baik."

Intipati manifesto BN itu juga adalah kunci untuk memenuhi semua aspeknya ialah pembinaan sebuah ekonomi yang berdaya tahan, dinamik serta inovatif, kerana tanpa asas ekonomi yang kukuh, semua sasaran lain hanya merupakan impian semata-mata.

Sekiranya terdapat perbezaan ketara antara manifesto BN dan manifesto PR, ia adalah berkaitan aspek pro pertumbuhan dan pro perniagaan.

Kita sudah tahu tentang pro dan kontra Program Transformasi Ekonomi (ETP), tetapi kita tidak pasti tentang strategi pertumbuhan PR.

Manifesto BN secara jelas menyebut bahawa ia menyokong penubuhan Komuniti Ekonomi Asean serta usaha meningkatkan kepentingan ekonomi dan kepentingan dua hala.

Manifesto PR sebaliknya hanya fokus kepada pemansuhan pelbagai perkara dan "percuma" semua benda tanpa menilai keseluruhan secara pendekatan ekonomi yang bakal memberikan kesan terhadap kedudukan kewangan negara.

Dalam hal ini, manifesto BN layak diberi markah tinggi. Namun demikian, perlu juga ditegaskan bahawa banyak negara turut meliberalkan ekonomi masing-masing untuk memiliki daya saing, dan perkara ini perlu diambil kira.

Friday 12 April 2013

PANAS: Mustapha Ali Setiausaha Agong PAS DiBUNUH????

Panas cerita pasal mamat sorang ini. 
Berlegar di alam maya, bibit bibir masyarakat
Yang pasti ada yang percaya ada yang menolak
Lebih teruk ada yang cakap ini fitnah.
Nak buat macam mana, Kita bukan ALLAH untuk menuntut seseorang itu percaya dan ikut cakap kita.
Allah lain, segala yang diungkapkan terhadap manusia itu adalah perintahnya dan larangannya yang perlu diikuti dan dijauhi. 

Tapi bukti sudah ada. Terpulang kepada kita manusia untuk menilainya.


Yang penting bukan UMNO yang edarkan sebab suspek yang ditangkap adalah AMK (Angkatan Muda Keadilan). baca disini 

Ini bermaksud bahawa Mustapha Ali telah "dibunuh" oleh rakan seperjuang sendiri. Bak kata pepatah "ditikam dari belakang".

Kenapa Mustapha Ali "dibunuh" itu yang menjadi tanya. Rupanya ada jugak yang tidak suka mamat ini . [SUMBER] Baca Disini 


Tapi jangan bimbang Mustapha Ali oiii...Nik Aziz ada boleh tolong ampunkan ko.
Yang Pasti ko pun dah masuk syurga sebab sure ko undi PAS setiap kali Pilihan raya. 





SUMBER LAIN:


Wednesday 10 April 2013

HADI AWANG MACAM PAK TUNGGUL !!!!!!!!!



Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai tuhan selain Allah. Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)".


HAHAHA!!!!! HADI AWANG BELUM SEMPAT BACA SAMPAI HABIS TERJEMAHAN AYAT ANWAR DAH "POTONG" CUBA RENUNG TERJEMAHAN TERAKHIR SURAH  AL-IMRAN AYAT 64. DALAM MAKSUDNYA BUKAN??? 

JIKA PAS MENOLAK KERJASAMA DENGAN UMNO KERANA DIKATAKAN TIDAK MENERIMA ISLAM !!!!!

KENAPA PAS MASIH BERSEKONGKOL DENGAN DAP YANG JELAS MAHUKAN KHALIMAH ALLAH DIGUNAKAN DI DALAM BIBLE??? BENAR PAS SUDAH MENIDAKKAN USAHA DAP TERSEBUT. 

NAMUN PERSOALANNYA KENAPAKAH KENYATAAN MENGENAI PENGGUNAAN KHALIMAH ALLAH INI DILIHAT TIDAK SENADA DIANTARA PUCUK PIMPANAN PAS???

SEKELIP MATA SAHAJA KENYATAAN ITU BERUBAH DARIPADA BERSETUJU KEPADA TIDAK BERSETUJU!!!!
ANWAR PUN KELIHATAN JELAS MEMBELA DAP DALAM HAL INI JUGA DILIHAT TIDAK LAGI BERSUARA!!!!

ADAKAH INI SALAH SATU PERANCANGAN STRATEGI PAKATAN UNTUK MENAMBAT SEMULA HATI PENGUNDI PAS?????




Wajib Tonton!!!!!!


PAS PERLIS VS PKR PERLIS

Menarik juga berita yang Usop terima dari nun jauh di utara tanah air. Lalu Usop pun menelefon lah beberapa kenalan Usop di sana bertanyakan kesahihan berita ini. Rata-rata mengiakan berita yang Usop terima malah mereka juga menyuruh Usop merujuk sumber (FREE MalaysiaKini). 

Apa sudah jadi ni????

Asal PAS menolak calon PKR dan menyenaraikan semua calon PAS di setiap kawasan Parlimen dan DUN di Perlis. 

Sudah hilang kepercayaan kepada Pakatan Rapuh yang dibina selama ini???

Sudah hilang keyakinan kepada pimpinan yang bakal diterajui Anwar yang tidak bermoral???

Atau PAS menentang sahabat sendiri (DAP dan PKR) kerana menghapuskan ASAS perjuangan PAS selama ini iaitu "Negara ISLAM"

Belum lagi penamaan sudah merebut kerusi kawasan Parlimen dan DUN..

Dimanakah yang dikatakan mereka ini memiliki pakatan yang UTUH dalam menerajui pentadbiran negara andai dipilih oleh rakyat. Jangan nanti kerusi Perdana Menteri pun dok berebut siapa yang layak. 

Bukan apa bila baca dan mendengar cerita kekawan semua. PKR menyatakan mereka memiliki kekuatan yang lebih kuat daripada PAS bermaksud penyokong mereka lebih ramai dan rakyat menyukai PKR berbanding PAS

PAS DESAK DAP TUBUH NEGARA ISLAM

Aduhai!!!
macam pelik ja Usop baca billboard ni!!!
Ker Usop yang salah baca??? mohon pencerahan sikit pada yang terang penglihatan mata kasar mahupun mata hati.

Seingat Usop, rasanya PAS sudah pun membuang dasar "Negara ISLAM" yang selama ini dijajar oleh pimpinan PAS di segenap pelusuk pentas ceramah PAS selama ini kepada "Negara Kebajikan"

Dalam Manifesto Bukan Janji Pakatan pun tidak ada menyentuh mengenai penubuhan Negara ISLAM mahupun melaksanakan HUDUD.

Malah bila diajukan soalan mengenai kesediaan DAP dalam menerima konsep NEGARA ISLAM pun PAS asyik "spin" sana sini.

Habis apakah fungsi billboard ini dalam suasana PRU13 ini. Pada Usop ini hanyalah sekadar "umpan" untuk memancing UNDI RAKYAT.

INI BERMAKSUD PAS HANYALAH MENJAJA KONSEP NEGARA ISLAM SEBAGAI MODAL UNTUK TERUS BERADA DIDALAM ARENA POLITIK MALAYSIA.

Dato Ac Mizal Buat Hal!!!!

Alangkah terkejut Usop dengan perbuatan Dato Ac Mizal ni. Akibat perbuatannya beliau, ianya telah menimbulkan pelbagai spekulasi segenap pelusuk.

Biar betul Dato Ac Mizal ni. Apa dia dah buat??

La rupanya Dato Ac Mizal sudah turun padang bersama-sama jentera BN untuk memasang bendera Barisan Nasional.

Patut puak PR pening pala. Diorg asyik ingat rakan artis bersama diorang.

Sekali Dato Ac Mizal sudah turun bikin jiwa geng pakatan resah sebab semua sedia maklum siapa Dato Ac Mizal Dalam Persatuan Barisan Artis Nasional yang dipayungi oleh Dato Hamidah Osman. Maka usop tak heran la sangat dengan semangat Dato Ac Mizal yang berkobar memasang bendera BN.

TAHNIAH DATO. USOP BANGGA DENGAN SEMANGAT DATO SERTA RAKAN ARTIS LAIN YANG SENTIASA SEIRING DAN SEJALAN DENGAN BARISAN NASIONAL.

Baca disini:

1) http://www.budiey.com/barisan-artis-nasional/
2) http://sejarahmelayu.blogspot.com/2012/04/barisan-artis-nasional-ban-isytihar.html


NAJIB BIKIN AKUR JANJI COPY PASTE!!!!!!!!!!


WAH ISU YANG AGAK HANGAT DIBINCANGKAN. NAMUN SUDAH TERJAWAB SEBENARNYA. JAWAPAN ADA DISINI.

TERIMA KASIH KEPADA HURAI DAN PENJELASAN YANG USOP RASAKAN AKAN MEMBUKA MINDA DAN PEMIKIRAN PENGUNDI DI MALAYSIA


13 MEI 1969

SEKADAR RENUNGAN SEMULA


Tuesday 9 April 2013

TERIMA KASIH SEL13.COM

Projek Libatkan Teresa Kok Bernilai RM 1 Bilion Selesai Dalam Masa Lapan Hari


Apa yang berlaku yang kami akan dedahkan dibawah ini sungguh mengejutkan. Kerajaan pimpinan Khalid Ibrahim menghalang pusat daripada membina Loji Langat 2, tetapi dalam masa yang sama meluluskan sebuah projek solar yang dinamakan SOLAR PHOTOVALTAIC  POWER PLANT yang kosnya mencecah RM 1 bilion.

Umum mengetahui di Selangor hari ini rakyat menghadapi masalah air yang lebih serius berbanding dengan masalah bekalan eletrik. Tetapi kenapa pula beliau menghalang kerajaan pusat menyelesaikan masalah air , tetapi beliau pula meluluskan projek solar ?

Projek ‘direct nego’ yang bernilai RM 1 bilion yang kami akan dedahkan ini melibatkan DAP, dimana Teresa Kok menerusi proksinya seorang ahli DAP,Kok Chee Keong mempunyai kepentingan dalam syarikat tersebut.
Yayasan Selangor memiliki dua keping tanah di Dengkil dan Kuala Kubu Baru. Tanah yang bernombor PT 39693 di Dengkil telah disewakan kepada kroni Dr Halimah Ali (Adun Pas Selat Klang) untuk dijadikan sekolah persendirian dengan sewa yang cukup murah.
Tanah kedua bernombor PT 521 di Kuala Kubu Baru yang menempatkan Dua Kem Bina Semangat yang disewakan kepada PLKN. Keluasan kedua-dua kawasan tanah berkenaan dianggarkan 40-50 ekar.
Pada 14 Disember 2011 , Yayasan Selangor telah menerima sepucuk surat buat kali pertama dari GOLDSINO INVESTMENT DEVELOPMENT LIMITED yang berpangkalan di Zhuhai, China, untuk menjalankan projek SOLAR PHOTOVALTAIC  POWER PLANT di atas kedua-dua keping tanah tersebut untuk tempoh pajakan 25 tahun.
Apa yang mengejutkan surat yang dihantar itu adalah surat pertama , tetapi dalam surat berkenaan syarikat itu telah menyatakan ayat seperti berikut, “we would to express our sincere appreciation to Yayasan Selangor for inviting us to participating for the above project”.
ys-1
ys-2