Showing posts with label ZUL NORDIN. Show all posts
Showing posts with label ZUL NORDIN. Show all posts

Tuesday, 23 July 2013

Untungkah BN dengan gabungan MCA-Gerakan-SUPP? (Utusan)

SATU sahaja persamaan antara tiga parti Cina yang bakal bergabung ini - semuanya kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum ke-13, 5 Mei lalu.

MCA kalah 30 daripada 37 kerusi Parlimen yang ditandinginya. Dan hanya menang 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 90 kerusi DUN yang dipertaruhkan. Gerakan pula hanya menang satu kerusi Parlimen, Simpang Renggam, daripada 11 kerusi diperuntukkan dan tiga kerusi DUN daripada 31 kerusi ditandingi. Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) pula tewas di enam daripada tujuh kerusi Parlimen.

Inilah yang menyebabkan isu penggabungan timbul semula sejak hangat diperkatakan pada 2008 lagi. Ketiga-tiga parti terutama MCA dan Gerakan sememangnya sejak lima tahun lagi telah meneroka semua kemungkinan untuk perlu mencari jalan yang membolehkan terus bernafas pada pilihan raya umum akan datang.

Penggabungan - adalah satu-satunya langkah yang boleh memastikan kelangsungan hidup ketiga-tiga parti ini.

Bagi Gerakan, parti itu hakikatnya sudah tidak boleh hidup lagi kerana telah dua kali kalah teruk dalam pilihan raya umum, selain tidak mempunyai hala tuju dan kepemimpinan yang agresif.

Difahamkan, MCA yang diketuai Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek akan menjadi parti dominan dalam gabungan. Presiden Gerakan akan diberikan jawatan Naib Presiden. Dikhabarkan, Gerakan bersetuju untuk menggabungkan partinya dengan kedua-dua parti Cina itu dengan hanya meminta satu syarat - MCA perlu menjadikan parti itu sebagai parti multiracial seperti Gerakan dan SUPP yang diterajui Tan Sri Peter Chin Fah Kui.

Pemangku Presiden Gerakan, Chang Ko Youn dikatakan meminta MCA supaya menjadikan parti itu sebagai sebuah parti multiracial kerana parti yang berdasarkan kepada bangsa, dikatakan sudah tidak relevan lagi.

Barangkali PRU-13 banyak 'mengajar' ketiga-tiga parti terutama cara DAP bangkit mencanak meskipun parti yang didominasi 'Dinasti Lim' itu pernah kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum 1995.

Cuma, kejayaan DAP yang didakwa sesetengah pihak bergantung kepada elemen 'rasis', banyak yang dicapai menerusi formula 'penggabungan strategik' parti itu dengan Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Dan dalam konteks ini, ia lebih menguntungkan DAP sehingga akhirnya mendominasi jumlah kerusi dalam kalangan parti pembangkang.

Formula 'penggabungan DAP-PKR-Pas' ini bagaimanapun kurang disenangi oleh sebilangan ahli Pas, ekoran DAP dalam usaha mendapatkan sokongan padu kaum bukan Melayu secara total, DAP juga melakukan kesilapan dengan menawar isu 'kalimah Allah'. Ini sekali gus mengakibatkan Pas terpinga-pinga untuk membuat pendirian, sehingga sukar mendapat sokongan Melayu di luar bandar dan Felda.

Cuma, persoalan yang juga ditimbulkan oleh segelintir pihak, adakah penggabungan MCA-Gerakan-SUPP ini akan memberi tekanan kepada UMNO atau menjadikan BN lebih hebat?

'Mereka' ini membangkitkan, antaranya 'kalau sebelum ini UMNO boleh tawar menawar di antara MCA dan Gerakan, tetapi apabila mereka bersatu, mungkin sebagai 'badan pendesak', apakah impak seterusnya kepada UMNO?'

Apa pun, diharapkan penggabungan MCA-Gerakan-SUPP akan menjadi satu-satunya jalan untuk mengembalikan sokongan rakyat kepada kepada parti yang didominasi kaum Cina dalam BN.

Dan jika usaha menggabungkan parti-parti Cina ini berjaya, maka jumlah keahlian parti-parti dalam BN akan berkurangan menjadi 12.

Persoalan-persoalan akibat penggabungan ini juga perlu diselesaikan sebaik mungkin.

Bagaimana dengan kedudukan ahli Gerakan dari kaum India? Adakah mereka akan menyertai MIC atau PPP jika masih mahu bersama dengan BN? Dan adakah ahli Gerakan yang mungkin 'tidak berpuas hati' akan menyertai DAP?

PRK BESUT: Tolak kempen 16-16 Pas


DI HARI-HARI TERAKHIR INI, USOP DAPAT RASA ANGKA 16-16 INI AKAN DILAMBUNG HEBAT OLEH PAS SEBAGAI MODAL TERAKHIR UNTUK MELOBI RAKYAT KUALA BESUT UNTUK TURUN MENUNAIKAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PENGUNDI ESOK (24 JULAI 2013)....SEBAGAI MANA KATA KETUA PENERANGAN UMNO, DATUK AHMAD MASLAN BARU-BARU INI. 



BESUT - Rakyat perlu menolak kempen 16-16 yang dimainkan oleh Pas dalam usaha parti itu untuk memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada 24 Julai ini.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, keadaan itu jika berlaku hanya akan meletakkan situasi politik tidak stabil di negeri ini kerana perbalahan yang berpanjangan.

Katanya, pembangkang sedar jika BN tewas sekalipun dalam pilihan raya kecil itu dan jumlah kerusi seimbang antara Barisan Nasional (BN) dan Pas, tetapi kelebihan tetap berpihak kepada parti pemerintah melalui kedudukan Speaker Dewan Undangan Negeri.

"Dalam hampir kesemua siri ceramahnya, Pas memberitahu mereka akan berpeluang memerintah negeri ini sekiranya kedudukan 'seri 16-16' dalam DUN.

"Rakyat harus sedar dan tidak terpedaya dengan dakyah tersebut yang cuba memujuk sokongan kepada Pas, kerana BN akan terus kekal memerintah negeri sekiranya keadaan tersebut berlaku," katanya kepada pemberita selepas bertemu dengan jentera BN di Kampung Gong Manok di sini hari ini.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, demi kestabilan politik di Terengganu, rakyat harus memastikan kemenangan BN dalam pilihan raya kecil tersebut.

"Kalau berlaku 16-16 sebagaimana yang dihajati pembangkang, kerajaan dan negeri ini dalam bahaya, tidak stabil, akan berlaku perbalahan yang akhirnya akan merugikan rakyat.

"Wakil Rakyat tidak akan rugi tetapi rakyat yang akan rugi, Terengganu tidak stabil disebabkan rakyat rugi, contohnya, dana melalui wang ihsan tidak boleh disalurkan kerana pembangkang tidak suka dana ini, dia mahu dana lain," katanya.

Justeru itu, katanya, kempen '16-16' yang dibawa oleh pembangkang amat berbahaya kepada seluruh negeri ini.

PRK DUN Kuala Besut menyaksikan pertembungan satu lawan satu di antara BN dengan saingan tradisinya, Pas.

BN diwakili oleh jurutera, Tengku Zaihan Che Ku Abd. Rahman, 37, manakala Pas diwakili oleh kontraktor, Endot @ Azlan Yusof, 48.

Monday, 15 April 2013

SUMBER RAPAT : KENALI SIAPA ANWAR



Setelah lebih 30 tahun menjadi penyokong tegar dan tulang belakang Anwar Ibrahim, Profesor Datuk Dr Sidek Baba akhir membuat keputusan untuk meninggalkan Anwar dan perjuangan PKR kerana yakin dengan masalah moral ketua umum PKR itu. Malah menurut rekod semenjak penubuhan PKR, seramai 32 daripada 34 pengasas PKR telah keluar parti tersebut.
Malah sekiranya di teliti, semakin hari semakin ramai golongan akademik yang telah tinggalkan Anwar. Maka tinggallah geng bodoh dan fanatik tak tentu pasal sahaja di dalam PKR. Kawan-kawan yang suatu ketika dahulu sanggup sehidup semati sudah mula menjadi “musuh”nya.

Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri mengatakan, beliau memahami kenapa Profesor Datuk Dr Sidek Baba mengambil masa yang lama untuk meninggalkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini kerana, menurut Tun, beliau juga mengambil masa lebih kurang enam tahun untuk mempercayai segala dakwaan ke atas Anwar sebelum mengambil keputusan untuk memecatnya pada 2 September 1998. Jadi sebagai golongan intelektual, Dr Sidek telah dilatih untuk membuat kajian dan penyelidikan yang mendalam sebelum membuat sesuatu keputusan yang tepat.

Bak kata pepatah Melayu, “tak kenal maka tak cinta, kalau tidak kenal, susah nak cinta dan masa itulah keburukannya baru kita nampak. Menurut Dr Sidek, Anwar hanya pandai bercakap tapi takde tindakan. Malah ketika rakyat berbilang bangsa sama-sama majukan negara, Anwar Ibrahim singlehandedly mahu hancurkan negara.

Walaupun pernah ditahan ISA pada September 1998, namun sokongannya terhadap Anwar pada masa itu tidak pernah goyah. Namun apabila Anwar dituduh melakukan liwat II pada tahun 2008, telah menyebabkan beliau mula mencari jawapan dengan menemui orang-orang yang pernah bersama dan meninggalkan Anwar.

Akhirnya selepas tiga tahun mengkaji dan bertanya orang-orang yang dekat dengan Anwar, beliau menbuat keputusan untuk menjarakkan diri dengan pemimpin ‘Anugerah Tuhan’ itu. Kesimpulan yang ditemui oleh Dr Sidek ialah ada sesuatu yang tidak kena pada intergriti Anwar.

“Saya mahukan Malaysia ini dipimpin oleh tokoh yang mempunyai integriti. Tetapi kalau kita tampilkan imej yang tercalar mungkin orang luar, kuasa-kuasa luar boleh menjadikan asas ini sebagai peras ugut. Apa lagi orang dalam pakatan pembangkang. Jadi, saya percaya, banyak pihak tahu apa yang berlaku. Cuma tidak berani menyampaikan kepada khalayak kerana banyak faktor.”

Malah Anwar sendiri pernah berpesan untuk menjadi pemimpin, sesorang itu mesti bersih dan kelihatan bersih. Maka adalah tidak salah Dr Sidek menjadikannya sebagai asas untuk mencari kebenaran dan pendirian di kalangan 28 orang yang pernah rapat dengan Ketua Umum PKR itu.

Berikut adalah senarai mereka yang telah meninggalkan Anwar :

  1. Chandra Muzaffar (Timbalan Presiden Parti KeAdilan Nasional)
  2. S. Nalla Karuppan (Ketua Bahagian PKR Kepong, teman rapat Anwar ketika TPM, rakan mainan tenis Anwar setiap minggu dan pemegang rahsia Anwar).
  3. Ezam Mohd Nor (Ketua Pemuda PKR dan Ketua Besar zaman Reformasi, orang yang menubuhkan PKR dan paling dipercayai oleh Anwar)
  4. Anuar Shaari (Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim di Kementerian Kewangan dan antara penggerak utama Reformasi)
  5. Fairus Khairuddin (Bekas ADUN Penanti dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang)
  6.  Zahrain Mohd Hashim (Ahli Parlimen Bayan Baru & Pengerusi PKR Pulau Pinang)
  7. Zulkifli Noordin (MP Bandar Baru Kulim, bekas Peguambela kes-kes peribadi Anwar dan pejuang kes Anwar diracun arsenik dan penceramah kes-kes anti-murtad)
  8. Zainur Zakaria (Bekas peguam bela No. 1 Anwar dalam kes pertama, AJK Parti KeAdilan Nasional, calon Keadilan Pilihanraya Umum di Lembah Pantai 1999, dan bekas Presiden Majlis Peguam)
  9. Ruslan Kassim (Ketua PKR Negeri Sembilan, Ketua Penerangan PKR dan Otai Reformasi)
  10. Nell Onn (Ketua Wanita Parti KeAdilan Nasional)
  11. Abdul Rahman Othman (bekas Bendahari PKR dan Timbalan Presiden Parti Keadilan Malaysia)
  12.  Marina Yussuf (Naib Presiden Parti KeAdilan)
  13.  Lokman Noor Adam (Setiausaha Angkatan Muda Keadilan, Ketua AMK Johor) .
  14.  V. Arumugam (ADUN Bukit Selambau)
  15.  Mohd Radzi Salleh (ADUN Lunas).
  16.  Badrul Hisham Abdullah (ADUN Pelabuhan Kelang).
  17.  Tan Tee Beng (Ahli Parlimen Nibong Tebal).
  18.  Sallehudin Hashim (Setiausaha Agung PKR)
  19.  Dr Halili Rahmat (Bendahari PKR Hulu Selangor)
  20.  Muhammad Zahid Md Arip (Naib Ketua Pemuda PKR)
  21.  Mohsin Fadzli Samsuri (Ahli Parlimen Bagan Serai)
  22.  Hamdan Taha (Timbalan Pengarah Pilihanraya Keadilan)
  23.  Dr Abdul Wahid Ahmad Suhaimie (Pengerusi Perhubungan Keadilan Pahang)
  24.  Jamaludin Abu Hassan (Pemangku Ketua PKR Padang Serai)
  25.  Mohd Hanafiah Man (Ketua Pemuda Keadilan Perak)
  26.  Fakhrul Azman Abu Bakar (Exco Pemuda Keadilan)
  27. Shamsul Bahari Shamsuddin (Exco Pemuda Keadilan)
  28. Rosli Mohd Johar (Naib Ketua Pemuda Keadilan Wilayah Persekutuan)
  29.  Zainuddin Awang (Exco Pemuda Keadilan Terengganu)\
  30. Datuk Bujang Ulis (Keadilan Sarawak)
  31. Rusli Mohd Shariff (Naib Ketua Pemuda Keadilan Negeri Sembilan)
  32. Jeffry Nizam (Exco Pemuda Keadilan Pahang)
  33. Jamaluddin Mohd Radzi (ADUN Behrang)
  34. Kapten (B) Mohd. Osman Jailu (ADUN Changkat Jering)
  35. Tan Wei Shu (ADUN Bakar Arang)
  36. Soraya Sulaiman (Ketua Penerangan Wanita PKR)
  37. Roshanita Mohd Basir (Timbalan Ketua Wanita PKR Bahagian Bagan Serai)
  38. Datin Saidatul Badru Tun Said Keruak (Naib Presiden PKR)
  39. Anuar Tahir (bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Nasional yang pertama sehinggalah pada tahun 2001, Pemimpin ABIM dan WAMY, menyertai Gerakan Reformasi bersama-sama Muhammad Nur Manutty, mantan Presiden ABIM, Mustapha Kamil Ayub (pernah menjawat Presiden PKPIM) dan juga Ruslan Kassim.)
  40. Mohammad Mustafa (bekas Pengerusi Keadilan Kelantan)
  41. Aminah Abdullah, bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang
  42. SD Mohamad Johari Yasin, (Setiausaha Angkatan Muda Keadilan Malaysia) penggerak awal Reformasi. Kenapa dia tinggalkan Anwar?
  43. Mustafa Khalid Hanafi, (Pengarah Pilihanraya PKR Kedah).
  44. Abdul Manap Shahardin (bekas calon PKR Bagan Pinang)
  45. Mohd Shukri Mohd Ramli @ blogger CucuMatKilau (blogger ulung reformasi yang mula berblog sejak 1998 dan Calon PKR dalam PRU-12 bagi DUN Kemayan Parlimen Bera)
  46. Tuan Hj. Sulaiman Abdullah (Peguam kes Anwar)
  47. Zamil Ibrahim (Bekas Setiausaha Ahli Parlimen Merbok/Exco Pemuda PKR Pusat)
  48. N Gobalakrishnan - YB Padang Serai, Kedah.
ANDA SELAKU PENYOKONG PKR DARI JAUH INI BILA LAGI NAK KELUAR DARI LANDASAN PERJUANGAN PKR YANG MEMENTINGKAN HAWA NAFSU ANWAR IBRAHIM DAN AZMIN ALI