Friday 19 July 2013

Edisi Khas: Alivivi Pesta Seks Di Penjara?????

Vivian dan Alvin nampaknya telah tersalah congak apabila memilih untuk ‘bergurau’ dengan mempersendakan umat Islam di bulan Ramadhan.   Sangka mereka, DAP dan PKR atau mungkin juga MCA akan bangun membela mereka sepertimana yang berlaku dalam semua kes menghina Islam/Melayu sebelum ini. 

Mereka juga pasti menyangka yang para pejuang hak asasi manusia akan bangun membela mereka atas hujah ‘hak untuk mengekspresi diri’ atau apa saja.  Malah, mereka juga mungkin menyangka yang PAS akan turut membela mereka sekadar untuk membuatkan DAP bangga.

Akhirnya tindakan mereka itu mengundang padah sehingga membawa kepada penahanan mereka....... nasib badan.... 

"KUALA LUMPUR 18 Julai - Selepas memuat naik gambar sedang menikmati hidangan sup tulang babi di laman Facebook minggu lalu, pasangan kontroversi Alvin dan Vivian Lee dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan.
Alvin atau nama sebenarnya Tan Jye Yee, 25, dan Vivian Lee, 24, masing-masing mengaku tidak bersalah atas tuduhan menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman sosial Facebook "Alvi dan Vivian-Alvivi".
Penerbitan itu adalah gambar dan komen yang bertajuk "Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh.. wangi, enak, menyelerakan!!!)" yang mengandungi logo Halal dan ayat-ayat yang mempunyai kecenderungan menghasut.
Mereka didakwa mengikut Subseksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.
Mereka juga didakwa bersama-sama memuat naik penerbitan yang sama di Syed Restoran, Jalan Dang Wangi di sini yang mana perbuatan itu berkemungkinan menyebabkan perasaan permusuhan agama berlainan.
Bagi tuduhan itu mereka didakwa mengikit Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan yang baca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Bagi tuduhan ketiga mereka didakwa mempamerkan gambar-gambar yang didapati lucah di www.alviviswingers.tumblr.com antara pukul 9 malam dan 2 pagi, 6 dan 7 Julai lalu. - UTUSAN ONLINE"


Dulu Pesta seksnya di Singapore:
Pasni dalam penjara la pulak.....




No comments:

Post a Comment

Berikan pendapat anda sebanyak mana yang anda mahu di sini.

Bagaimana pun sebarang komen yang menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh si tukang komen

Usop tidak akan melakukan tapisan di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan