Wednesday 24 July 2013

Perutusan YAB Perdana Menteri sempena Pilihan Raya Kecil N01 Kuala Besut

 Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Selaras dengan kempen yang sedang rancak berjalan dan hari mengundi pada hari esok, saya berharap agar semua pengundi-pengundi DUN Kuala Besut dapat keluar menjalankan tanggungjawab masing-masing seawal mungkin. Sementelah lagi kita sekarang sedang beribadah di bulan Ramadhan, saya berharap agar proses pengundian akan berjalan dengan aman dan lancar. 

Ku Zaihan Che Ku Abd Rahman adalah seorang calon Barisan Nasional yang masih muda, bersemangat dan mampu mencetuskan idea-idea baru untuk  memakmurkan lagi kehidupan di Kuala Besut. Dan sebagai anak jati di situ, sudah tentu Ku Zaihan ingin yang terbaik untuk penduduk Kuala Besut. Insya-Allah, beliau merupakan calon yang paling sesuai untuk kesejahteraan masa depan Kuala Besut. 


Undilah Ku Zaihan dan Barisan Nasional untuk masa depan Terengganu yang lebih berjaya.






No comments:

Post a Comment

Berikan pendapat anda sebanyak mana yang anda mahu di sini.

Bagaimana pun sebarang komen yang menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh si tukang komen

Usop tidak akan melakukan tapisan di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan