Friday 19 July 2013

PRK Kuala Besut: Azlan Swastakan Jawatan YB Demi Duit


Inilah  rupaya stor kayu yang menyebabkan Che Long mahu swastakan jawatan YB jika beliau menang dalam PRK nanti.

Stor kayu yang beralamat di Lot 1874, Batu 5 1/2 Kampung Tanjung, Jalan Kuala Krai (09-7128914). Stor kayu ini begitu besar menunjukkan tuan punya stor ini begitu berduit dan kaya. Secara pandangan kasar pekerjanya tidak kurang dari 50 orang sedang sibuk membuat kerja masing-masing dengan berbaju hijau dan berkopiah.

Persoalannya, apakah pekerja-pekerja ini diambil dari Kuala Besut tempat Che Long bertanding atau hanya anak tempatan Kelantan. Jika sedemikian kenapa Che Long melebihkan penduduk negeri Cik Siti Wan Kembang dari penduduk negeri sendiri?

Kenapa Che Long tidak membawa stor kayu itu ke kampung halaman untuk membantu rakyat Kuala Besut?

Jika sepanjang kempen pilihanraya kecil ini, PAS banyak kali  meperlekehkan rakyat Kuala Besut dengan mengatakan ramai antara mereka yang miskin.

Maka Che Long sebenarnya mempunyai peluang untuk membantu rakyat di sini tapi Che Long tidak pernah mahu memikirkannya. Che Long terlalu sibuk kerana mencari makan untuk diri sendiri.

Baru sekarang Che Long mahu bantu rakyat. Itupun bukan Che Long yang akan tolong sebab Che Long nak gajikan orang lain untuk bekerja bagi pihaknya kerana dia akan tumpukan perhatian kepada stor kayunya.


No comments:

Post a Comment

Berikan pendapat anda sebanyak mana yang anda mahu di sini.

Bagaimana pun sebarang komen yang menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh si tukang komen

Usop tidak akan melakukan tapisan di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan