Wednesday 20 March 2013

Jangan La Dok Bergaduh!!!!!!!!!




 6 Mac 2013 - Majlis Fatwa Kebangsaan berpendapat para perajurit negara beragama Islam yang terkorban dalam misi mempertahankan negara berikutan insiden pencerobohan di Lahad Datu & Semporna, Sabah adalah tergolong sebagai syahid akhirat.

Pengumuman itu nyata disambut baik oleh khalayak umum dan mengubat kedukaan kaum keluarga yang sedang bersedih, di masa yang sama ia bagaikan satu suntikan semangat kepada ribuan perwira kita yang sedang berjuang menentang pengganas Kiram di medan tempur tika ini.

 17 Mac 2013 - Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib pula mempertikaikan ketetapan Majlis Fatwa dengan membuat andaian sendiri yang kematian para perajurit itu hanyalah syahid dunia.

 19 Mac 2013 - Dewan Ulama PAS sekali lagi cuba memberi gambaran kepada umum bahawa syahid dunia jauh lebih baik berbanding syahid akhirat. Sedangkan hakikatnya kedudukan syahid akhirat berada di atas syahid dunia.

Syahid akhirat juga tidak terhad kepada orang yang mati lemas, mati dalam kebakaran atau wanita yang mati melahirkan anak, sebaliknya turut merangkumi orang Islam yang terkorban ketika mempertahankan harta benda, keluarga dan mereka yang mati ditembak kerana menjaga keselamatan negara.

Manakala syahid dunia sebagaimana disepakati para ulama hanya terhad pada orang Islam yang mati ketika peperangan yang niatnya bukan kerana Allah S.W.T, tetapi disebabkan faktor utama untuk membolot harta rampasan perang.

Adakah para perajurit kita di Lahad Datu berperang demi untuk membolot harta benda pengganas Kiram? Tentu sekali tidak. Malah mereka juga tidak pergi ke Sabah untuk merampas atau menjajah negeri itu, sebaliknya berjuang untuk pertahankan maruah dan keselamatan negara dari keganasan pengikut Kiram.

Jika kematian mereka ini bukan syahid....
Situasi bagaimanakah pula yang dikatakan syahid.....
Adakah sebagaimana Amanat Hadi Awang dulu.........Baru Dikira mati syahid......?????


Renunglah sejenak pemergian mereka....Kematian yang mereka tidak pernah meminta....namun kematian itu pasti....Pemergiannya kerana mempertahankan kedaulatan negara....kematian kerana diserang musuh yang mengancam negara....

Mereka bukan pergi kerana berlumba haram mahupun bunuh diri....

Justeru itu cukup-cukuplah...janganlah pemergian mereka hendak di politikkan sedemikian rupa sehingga wujud pertikaian sebegini rupa....

alangkah bagus pemergian mereka diiringi juta ucapan Al-fatihah yang disedekahkan kepada mereka sebagai bekalan untuk mereka DISANA.....

No comments:

Post a Comment

Berikan pendapat anda sebanyak mana yang anda mahu di sini.

Bagaimana pun sebarang komen yang menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh si tukang komen

Usop tidak akan melakukan tapisan di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan