10 Kejutan Anwar Ibrahim Menjelang PRU13
Penulis selalu berfikir, kenapa
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu bersumpah yang dia tidak
meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari. Sudah tentu keraguan ramai
terhadapnya akan hilang jika dia berbuat demikian.
Baru ini seorang rakan berkata,
tidak mahu bersumpah itu memang strategi Anwar…
Katanya, Anwar akan bersumpah juga
akhirnya tetapi bukan sekarang … dia akan simpan isu itu sampai betul-betul
menggunung … beberapa hari sebelum pilihanraya umum ke-13 (PRU 13), dia akan
bersumpah.
Apa-apa sahaja alasan yang berbunyi
sedih akan diberikan. Bayangkan, ketika itu sudah tentu undi orang Melayu
terutama yang berada dalam kategori pengundi atas pagar mesti memihak kepada
Anwar.
Anwar akan dilihat sebagai tokoh
yang difitnah dan ketika itu Wan Azizah serta Nurul Izzah akan menitikan air
mata menyebabkan simpati terhadap keluarga itu akan melangit
banyaknya.
Momentum akan menyebelahi Anwar dan
tempoh yang terlalu hampir dengan pilihanraya akan menyebabkan usaha untuk
mematahkan taktik politik licik itu sukar mendatangkan
hasil.
Anwar dijangka akan banyak
menggunakan saat-saat terakhir menjelang PRU 13 untuk melaksanakan taktik-taktik
politik yang mungkin sukar untuk ditangkis lawannya.
Demi PM … Anwar boleh buat rasanya
….
Mengikut Ahli Parlimen Kulim Bandar
Baharu, Zulkifli Noordin yang suatu masa dahulu amar rapat dengan Anwar dan
mengenali selok-belok politiknya, paling kurang akan ada 10 perkara yang akan
dilakukan Anwar menjelang PRU-13.
Antaranya Zul Noordin berkata,
beliau sudah beberapa bulan dahulu memberikan peringatan bahawa Anwar akan
menggunakan keluarga Saiful untuk menentang Saiful.
Sikap bapa Saiful, Azlan Lazim yang
secara tiba-tiba bertentangan pandangan anaknya baru-baru ini menzahirkan apa
yang sudah lama diluahkan Zul Noordin.
Berikut adalah rumusan keseluruhan
akan perkara-perkara yang mungkin dibuat Anwar dan kumpulannya menjelang PRU 13
yang disampaikan Zul Noordin melalui satu ceramah di Pasir Mas, Kelantan, 9 Mac
lalu.
1 – Menggunakan keluarga Saiful
sendiri untuk melawan Saiful. Seperti yang dibincangkan di atas, ia sudah pun
berlaku.
2 – Akan berlaku kejadian Anwar
ditembak sewaktu kempen pilihanraya. Dia akan rancang suasana di mana kejadian
tembakan berlaku ketika dia ada, peluru tidak kena pada dirinya, tetapi akan
kena isteri atau anaknya… SELEPAS ITU, DIA AKAN KATA KERAJAAN UMNO ZALIM. Taktik
raih simpati yang amat licik. Zul Noordin berkata, bunga-bunga ke arah kononnya
hidup dia dalam bahaya sudah dimulakan apabila pengawal peribadi Anwar mencabut
pistol ketika mengiringi Anwar dalam kereta ke satu lokasi tahun
lepas.
3 – Seorang Pegawai kanan badan
kehakiman akan mengeluarkan kenyataan bahawa kes liwat Saiful dan Azizan adalah
rekaan semata-mata. Menurut Zul Noordin, beliau difahamkan bahawa usaha memujuk
pegawai berkenaan sedang giat dijalankan.
***Kemampuan Anwar dari segi ini
jangan dipandang rendah kerana bekas Peguam Cara Negara II, Mohd Yusof Zainal
Abiden yang membuka firma guaman sendiri berjaya diyakinkan untuk mewakilinya
dalam satu kes yang datang selepas kes liwat Saiful.
4 – Anwar akan bersumpah dengan
ayat tipu (Anwar akan bersumpah dengan tidak menepati kehendak syarie, DIA AKAN
KATA ”Demi allah, saya tak buat apa yang UMNO tuduh“, MAKA PEMBANGKANG AKAN KATA
“Tue dia, Anwar Ibrahim dah bersumpah menafikan dia meliwat Saiful. Sudah tentu
penyokong dan cybertroper pembangkang yang selama ini hanya reti menggunakan
istilah fitnah dan bodoh serta UMNOgkok untuk mempertahankan bos mereka mendapat
peluru baru.”
5 – Anwar akan keluarkan JAM OMEGA
TIRUAN di saat-saat akhir sebelum hari mengundi. (Menurut pihak dalam
pembangkang, mereka sebenarnya sudah pun membeli jam yang sama macam yang
dijumpai oleh Datuk Eskay. Namun, Anwar dijangka tidak mahu keluarkan sekarang
kerana pihak polis sempat untuk menyiasat ketulenan am berkenaan dan menunukkan
jam sebenar, oleh itu di saat-saat akhir baru jam berkenaan dikeluarkan dan
beliau akan kata “INI DIA JAM ITU, SAYA DIFITNAH
SEBENARNYA..”
6 – Memujuk ahli-ahli yang
berhormat (ADUN dan Ahli Parlimen) PKR yang keluar parti supaya kembali ke dalam
PKR. Mereka juga akan membuat kenyataan bahawa mereka keluar dahulu kerana
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasuah mereka dengan wang ringgit.
Menurut Zul Noordin, calon-calon tersebut kini tertekan kerana anak isteri
mereka juga ditekan (diganggu) oleh pihak-pihak tertentu. Pada masa yang sama,
mereka juga ditawarkan dengan bayaran yang lumayan yang tidak mampu
ditolak.
***Kenyataan Zul Noordin yang ini
mengingatkan penulis mengenai dakwaan Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik bahawa ada
usaha di pihak Anwar untuk membayar rakannya (salah seorang Trio Datuk T), Datuk
Eskay untuk menafikan video Anwar bersama pelacur China yang terbit tahun 2011
lalu. Eskay dijanjikan wang dalam jumlah yang yang keterlaluan. Banyak betul
wang yang sedang berlegar di pihak pembangkang jika dakwaan itu
betul.
7 – Azmin Ali akan keluarkan video
lakonan yang dia telah berbaik dengan emaknya. Sedangkan video tersebut telah
diambil ketika Mak Tom pengsan dan tidak sedarkan diri. Azmin dikatakan datang
membawa jurugambar untuk mengambil gambar konon dia cium tangan dan dahi mak dia
dan dia akan kata yang dia dah balik sebenarnya.
***Perkara ini sudah pun diulas dan
didedahkan Ummi Hafilda baru-baru ini. Klik Ummi Hafilda Dakwa Ini Gambar
Lakonan Kasih Sayang Palsu Azmin
8 – Peguam-peguam dan polis yang
terlibat dalam kes Altantuya dipujuk supaya mengaku bahawa Najib terlibat dalam
kes tersebut. Maklumat yang diterima Zul Noordin ialah berkemungkinan besar
menunjukkan pembangkang sedang cuba memujuk para pegawai dari atasan sampai ke
bawah yang menyiasat kes Altantuya dengan persediaan untuk membayar mereka
supaya tampil membuat kenyataan memang Najib terlibat dalam kes
Altantuya.
9 - Mereka akan hina dan fitnah
Rosmah Mansur sebagai terlibat dengan skandal. Dipercayai seorang bekas pegawai
Rosmah akan membuat akuan bahawa isteri PM terlibat dengan penyalahgunaan wang
rakyat. Pegawai tersebut sedang dipujuk, sedang digoda, sedang ditawarkan habuan
untuk keluar supaya buat kenyataan bahawa Rosmah terlibat dengan pelbagai
skandal dan penyalahgunaan wang rakyat, wang negara).
***Ada sesiapa terperanjat ke yang
Rosmah akan dijadikan sasaran? Memang itu taktik pembangkang dari dulu lagi.
Zaman Pak Lah serang Khairy Jamaluddin (KJ)… taktik bagi panas hati orang dengan
kisah-kisah kekayaan dan salah guna kuasa, selepas itu taktik yang sama
digunakan cuma wataknya ditukar daripada KJ kepada Rosmah.
10 – Setiap ahli Pas diminta
bersumpah untuk mengundi Pakatan dalam PRU nanti. Mengikut maklumat yang
diterima dari orang dalam Pas, bahawa setiap ahli Pas akan diminta bersumpah
”wallahi, wabillahi, watallahi, aku ahli Pas, bersumpah dengan nama Allah, dalam
PRU 13, aku hanya akan mengundi calon DAP, PKR dan PAS, jika aku mengundi selain
calon DAP, PKR dan PAS ……… ” (nauzubillah min zalik).Begini lah bagaimana PAS
permainkan agama demi kuasa ke Putrajaya.)
-MyNewsHub
No comments:
Post a Comment
Berikan pendapat anda sebanyak mana yang anda mahu di sini.
Bagaimana pun sebarang komen yang menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh si tukang komen
Usop tidak akan melakukan tapisan di blog ini.
Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan