Thursday 4 April 2013

NIK AZIZ DAH AMBIL ALIH TUGAS ALLAH??????

Wah semakin dekat PRU13 ni makin hangat bahangnya. Terbaru Nik Aziz telah mengeluarkan fatwa terbaru dan kontrolversi lagi menyakitkan hati umat Islam yang menyokong perjuangan UMNO.

Nik Aziz sudah mendapat "Wahyu" barangkali semasa dia tidur dalam kerana mercedes dia barangkali. Dek kerana itu menyatakan bahawa "Sembahyang Orang UMNO tok bule Pahala". Alasannya penyokong UMNO tolak ISLAM. 

Wah lancar selancar air sungai pertuturan Nik Aziz ni. Da tak reti nak memikir barangkali apa yang nak dipertuturkan. Mudah sekali menghukum. Atau Nik Aziz dah nak ambil alih tugas Allah. 

Sedarlah Hanya Allah Maha Mengetahui niat setiap hambanya. Usop hanya mahu bangkitkan beberapa persoalan sahaja untuk kita sama-sama berfikir????

1) Apakah asas yang menyatakan UMNO ini menolak ISLAM??? 
Dengan tidak melaksanakan hukum hudud???? PAS sendiri sudah menukar asas perjuangan mereka.

2) Siapa Nik Aziz hendak tentukan pahala dan dosa???
Pahala dan Dosa adalah tugas Allah. Kita sebagai umat sudah diajar meninggalkan kemungkaran dan mendekati kebaikan. 

3) Apakah ISLAM itu milik mutlak PAS serta Dosa Pahala milik Nik Aziz????

4) Hanya dengan menyokong PAS sahaja baru umat ISLAM di Malaysia ini bakal masuk ke syurga???

5) Apakah di Akhirat kelak umat ISLAM dikumpulkan mengikut Parti Politik??? Siapa penyokong PAS terus masuk Syurga??? Siapa Penyokong UMNO terus masuk Neraka - sebab tidak ada amalan yang dilakukan semasa di dunia sebab sembahyang orang UMNO tak dapat PAHALA sebagaimana Nik Aziz cakap??? Begitukah ????

link lain:
1) http://tokguru86.blogspot.com/2013/04/panas-nik-aziz-mengaku-dia-allah-sah.html
2) http://infokinidotcom.blogspot.com/2013/04/ulamak-tolak-pas.html



No comments:

Post a Comment

Berikan pendapat anda sebanyak mana yang anda mahu di sini.

Bagaimana pun sebarang komen yang menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh si tukang komen

Usop tidak akan melakukan tapisan di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan