Wednesday 10 April 2013

PAS PERLIS VS PKR PERLIS

Menarik juga berita yang Usop terima dari nun jauh di utara tanah air. Lalu Usop pun menelefon lah beberapa kenalan Usop di sana bertanyakan kesahihan berita ini. Rata-rata mengiakan berita yang Usop terima malah mereka juga menyuruh Usop merujuk sumber (FREE MalaysiaKini). 

Apa sudah jadi ni????

Asal PAS menolak calon PKR dan menyenaraikan semua calon PAS di setiap kawasan Parlimen dan DUN di Perlis. 

Sudah hilang kepercayaan kepada Pakatan Rapuh yang dibina selama ini???

Sudah hilang keyakinan kepada pimpinan yang bakal diterajui Anwar yang tidak bermoral???

Atau PAS menentang sahabat sendiri (DAP dan PKR) kerana menghapuskan ASAS perjuangan PAS selama ini iaitu "Negara ISLAM"

Belum lagi penamaan sudah merebut kerusi kawasan Parlimen dan DUN..

Dimanakah yang dikatakan mereka ini memiliki pakatan yang UTUH dalam menerajui pentadbiran negara andai dipilih oleh rakyat. Jangan nanti kerusi Perdana Menteri pun dok berebut siapa yang layak. 

Bukan apa bila baca dan mendengar cerita kekawan semua. PKR menyatakan mereka memiliki kekuatan yang lebih kuat daripada PAS bermaksud penyokong mereka lebih ramai dan rakyat menyukai PKR berbanding PAS

Jadi atas asas apakah pula PAS menentang kenyataan tersebut dan meletakkan calon mereka disegenap pelusuk kawasan penggundian. 

Barangkali kerana kata dua : Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri Malaysia atau faktor dalam lain yang terjadi

Bukan apa sekarang ini takut bila masing - masing sudah menang percaturan baru (pemilihan Perdana Menteri) pula yang menjadi kecoh kerana masing - masing mengidamkannya.

Kita perlu TAHU!!!!!

1)   PAS sudah lama memperjuangkan "Negara ISLAM" terlebih dahulu daripada PKR - namun hari ini mereka sanggup berkorban demi meraih undi rakyat dan bersatu dengan Pakatan maka asas (Negara ISLAM)  itu diketepikan

2)   DAP pula sebuah parti yang agak rasis kerana fahaman PAP (dari Singapura) menjadi tunjang kepada perjuangan


3)   PKR pula baru setahun jagung ditubuhkan itu pun atas dasar Anwar dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri sehinggakan menidakkan beliau untuk menjadi Perdana Menteri menggantikan Tun M. - maka tertubuhlah KeADILan (PKR) yang mana asasnya membalas dendam terhadap Tun M dan ingin menunaikan hasrat Anwar Ibrahim menjadi PM serta kroninya menjadi Menteri ataupun Timbalan Menteri. Namun kerana hanya undi rakyat sahaja yang mampu menjadikan impian itu realiti maka nama tersebut diubah menjadi PKR (Parti Keadilan RAKYAT) agar lebih dekat dengan jiwa RAKYAT sekaligus mengaburi asas sebenar penubuhannya satu ketika dahulu. 

maka RENUNGKANLAH dan 
Pastikan PILIHAN anda adalah tepat = UNDI BN



No comments:

Post a Comment

Berikan pendapat anda sebanyak mana yang anda mahu di sini.

Bagaimana pun sebarang komen yang menyalahi undang-undang akan ditanggung oleh si tukang komen

Usop tidak akan melakukan tapisan di blog ini.

Cuma ulasan mencarut dan sewaktu dengannya akan dipadamkan